Resepi Kek Pisang Dayang Jack

Salam sejahtera. Seminggu hibernate dalam dapur, dari sebelum subuh hingga ke tengah malam..takda la cenggitu sekali. Angin je lebih..hahahaa!!.. Ni daku share foto kek pisang yang sedap, mulus gevusss dan tak rugi kalau mencuba. Daku guna resepi dan sukatan seperti dalam blog DJ..takda yang ditambah atau dikurang..Anda pasti kenal dengan blogger masakan terkenal, Dayang Jack. Resepi kek pisang Dayang Jack ni memang betul2 sedap. Terima kasih banyak, DJ.. Hari ni daku terlebih rajin menaip atas screen henpon,wokey...
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan pisang dilecek
Setengah sudu makan ovalette
Suku cawan susu cair
4 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 sudu teh esen pisang
100ml majerin cair
1.Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan kecuali pisang dan mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama seminit dan tukar pada kelajuan maksima hingga kembamg dan gebu.
2.Masukkan pisang lecek dan putar perlahan hingga sebati.
3.Tuang majerin cair, kacau perlahan guna spatula hingga sebati.
4.Tuang adunan ke dalam loyang yang di lapik dengan baking paper, bakar pada suhu 150°c selama 45-50 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.

4 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih