Tempahan Classic Fruits Cake

Salam sejahtera. Cuaca kat Kuching sekarang ni agak kebasahan..banjir sedikit di kawasan rendah..jalan-jalan besar sesak, kereta jalan macam siput sedut.  Walalupun lambat, asalkan selamat. Dokumen penting kena kumpul awal-awal, bukannya "meminta" sesuatu yang buruk berlaku tapi dalam keadaan begini kena bersedia selalu. Tidur malam pon tak boleh nyenyak sangat..kejap-kejap kena jenguk keluar tingkap, tengok keadaan luar rumah.
classic fruits cake
Sambil tu, daku nak kongsikan gambar door gift iaitu Classic Fruits Cake mudah dalam bekas comel, kecil bersaiz 2inci x 4inci.  Siap bungkus dengan plastik transparent dan ada ribon lagi. Terima kasih pada yang sudi menempah. Harga untuk sebiji kek buahan seperti di atas ialah RM4.00, minimum order sebanyak 10 biji dan tidak termasuk caj pos.  Daku ambil tempahan dalam Sarawak saja. Sekian

6 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih