Satu cawan tepung

Salam sejahtera. Nampak sangat kering idea,kan. Dah tak da isi lagi ke nak post kat blog. Heyy!!.. jangan pandang enteng sama itu tajuk post. Satu cawan tepung?.. Istilah biasa dalam resepi kek atau biskut atau yang sewaktu dengan nya. Ni contoh (tepung tu daku memang kasi tinggi sikit)supaya word "cup" tu nampak,okey. Apa yang Sue Bee tekankan kat sini adalah cara anda mengisi tepung agar ianya bersamaan dengan "satu cawan tepung". Mudah saja, bila anda sendukkan tepung (agak2 secukupnya) tu ke dalam penyukat, JANGAN dihentak-hentak penyukat tu..cukup lah sekadar goyang sedikit ke kiri dan ke kanan secara perlahan. Agak2 dah rata, boleh lah di tambah/dikurangkan tepung tu tadi. Maksud daku, kalau tepung tu lebih tinggi dari sukatan "1 cawan"..boleh lah dikeluarkan sedikit demi sedikit hingga sukatan tu cun. Okey, setakat ni dulu dan selamat mencuba.

8 ulasan:

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih