Baked Doughnut


Salam sejahtera. Donut gebu gebas idaman ramai, topping dengan gula aising atau coklat cair pilihan sendiri..yummy!!. Mungkin dah ramai la tau teknik baked doughnut ni,kan.. Daku sorang je yang baru tau..hehee!! manusia zaman purba katakan. Donut tanpa goreng ni tak kurang hebat rasa nya berbanding dengan donut bergoreng. Daku kagum kejap bila tengok youtube minah saleh dari US yang buat donut bakar guna oven. Entah sapa nama minah saleh tu, daku tak hengat. Meh sini tengok cara daku baking donut tanpa goreng. Jimat minyak masak mak lepas ni, ya nak!..hehhee.. Mohon sabar bila  baca entry daku kali ni.
Istilah 'canai doh atau gelek doh' cenggini lebih kurang rupa nya, ya


Terap doh guna acuan donut satu satu..doh gebu dan lembut, tak perlu tambah tepung lagi
Istilah 'susun dalam loyang'..kalau tak faham rujuk foto. Biarkan selama 20 minit.
Bakar dalam oven grill atas dan bawah guna suhu 120C selama 20 minit
Hasil baked doughnut, kat bawahnya penyet, ok..abaikan saja
Hias ikut kreativiti sendiri. Daku guna coklat perisa strawberry..sedap!!

Percubaan yang agak baik untuk kali pertama, lepas ni daku nak buat lagi baked doughnut ni. Ni kira langkah awal penjimatan minyak masak..hahahaa!!..Elok lah tu. Lagi satu cara ni agak lebih sihat berbanding dengan cara goreng.  Untuk resepi donut gebu dan ringan, boleh klik sini..


8 ulasan:

  1. sue....saya lagi jakun, baru tau bila baca entry sue ni...haha...
    nampak sedap aja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik..ada jugak rupanya..ingatkan SB sorang jer.. :-) .Takpa tu Anim.Kang tergelak makcik blogger masakan luar sana baca komen kita ni

      Padam
  2. kalau bakar guna periuk ajaib boleh tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg guna periuk ajaib tu, SB tak pasti dapat ke tak pasal tak da periuk ajaib..hihi

      Padam
  3. boleh lah untuk yang berdiet sbb donut ni tanpa minyak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu DP..tapi kan lepas baked camni, goreng lagi..hadoiyaii sedap tak yah nak cakap .gagal diet jadinya

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih