Cara buat kuih bom

Salam sejahtera. Entry kali ni, daku nak tunjuk macamana buat kuih bom. Nak terang satu-satu ni tanpa foto, daku agak tak berapa bijak sangat dalam menyusun kata jiwang karat .

bentukkan bulat pes kacang merah, ni sediakan awal-awal. Daku guna sukatan 1 sudu teh rata
adunan tepung disukat guna satu sudu makan rata..guna sudu penyukat khas yang bentuk separuh bulat

biji bijan letak dalam bekas lebar, senang nak golek-golek

bentukkan leper sikit..

isikan inti pes kacang merah ke dalamnya

tutup elok-elok dan bentukkan bulat

golekkan ke dalam biji bijan, tekan-tekan sikit supaya ianya melekat
buat satu-satu sampai habis, lepas tu boleh lah digoreng..
Yang ni cuma cara buat nya saja, untuk resepi tu, KLIK KAT SINI . Sekian dan selamat mencuba.

8 ulasan:

  1. kuih bom, klasik kuih ni, terima kasih di atas perkongsian ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuih klasik yg tersedap,Farah..haruslah dicuba tu

      Padam
  2. Balasan
    1. Makan sejuk atau panas..mana2 pon sedap

      Padam
  3. boleh cuba ni...sini panggil onde-onde.

    BalasPadam
  4. masa kecil dulu selalu juga mkn kuih bom nih..masa tu mak mmg rajin buat..Inti kacang merah yg buat sedap tu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan mak jugak yg tersedap,kan..teringat2 sampai ke besar

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih