Ikan keli goreng cili

Salam sejahtera. Dah lama takda entry lauk, balik-balik share resepi kuih dan kek saja,kan. Ni lauk kegemaran sekeluarga, ikan keli goreng cili. Kalau ikan keli ni masak lemak, alamatnya takda la anak2 sudi nak makan apatah lagi bapak budak.. Resepi paling mudah dan senang ni..

1 ekor keli saiz sederhana - bersih dan potong
Sedikit tepung gandum
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
6-10 tangkai cili kering
garam secukup rasa

1. Gaul potongan ikan keli dengan tepung gandum sikit dan goreng hingga garing.
2. Kisar bawang putih, bawang merah dan cili kering.
3. Dengan menggunakan minyak gorengan tadi (jimat..hihi), tumis hingga wangi bahan kisaran dan masukkan ikan keli goreng tadi.
4. Gaul rata, bubuh garam dan hidangkan.

Sekian

14 ulasan:

  1. MSK UTK THARI NANTI...SEDAP TU...

    BalasPadam
  2. Sedapnya ikan keli goreng garing makan sambal cili :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sdap, FMF. Ringkas saja masakan tu

      Padam
  3. goreng bercili sama ngan berlada tak?sebab kalau goreng berlada ni mcm masakan negeri sembilan je hehe.

    Ai terliur nengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Afzal. Istilah cili dan lada tak sama kalau kat sitok Sarawak. Lada untuk lada sulah atau lada hitam. Tapi SB tak pastilah kalau kat Semenanjung, mungkin istilah cili n lada tu sama

      Padam
    2. Cili dan lada kalau di Johor ni sama aje hihi..

      Padam
    3. Gitu..lain padang lain belalang,pepatah Melayu.. :-)

      Padam
  4. Ikan keli kalau masak style ini memang sedaplah
    Kalau tempat kakak ni bulan ramadhan ramai yg jual.
    Anak sulung kakak suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bertambah nasik jadinya, kak ..kalau lauk ni..

      Padam
  5. Ini pun ikan faveret okje.....Mak ai...asyik hidang benda faveret mak ni ....Terliur teman tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan simple saja, lagi sedap..yummy

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih