Karipap Bebas GST

Salam sejahtera. Kala orang sibuk ngan isu GST, nah ni dia karipap bebas dari GST..hahaaa!!.. harga masih sama, bahan pon takda dikurangkan..bertambah ada lah. Untuk yang dah biasa tempah kuih, kek atau biskut dari daku, usah risau gundah gulana mengenang GST ntah apa. Harga kekal, okey. Ni awal pagi sebelum subuh daku sediakan karipap untuk member sekampung. Terima kasih banyak2, awak sebab ngoder.
Resepi kulit Karipap yang daku buat ni ada campuran tepung ubi dan tepung beras. Memang rangup, tidak berminyak dan rasa sedap.. meh sini daku kongsikan resepi kulit karipap rangup..
340gm tepung gandum
30gm tepung beras
30gm tepung ubi
Secubit garam
100ml minyak
100ml air sejuk
2 sudu makan majerin
1. Satukan tepung dan garam, ketepikan. Minyak masak dan majerin dipanaskan hingga cair.
2. Tuang minyak tadi kedalam adunan tepung, kacau guna spatula. Bila dah sejuk sikit, gaul dan uli guna tangan.
3. Tuang air dan uli lagi hingga jadi doh. Canai, terap dan isikan inti kegemaran. Kelim atau tutup guna acuan karipap.
4. Goreng hingga perang dan hidangkan.
Selamat mencuba!!..

8 ulasan:

  1. semoga perniagaan bertambah maju inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq, Ann. Harapan nya begitulah,..amin..

      Padam
  2. kuih karipap ni favourite saya no 1
    thanks share resepi kulit rangup
    nak coba ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,Tihara. SB mmg suka kulit karipap rangup dan resepi ni yang terbaik yg SB penah cuba

      Padam
  3. ooo kna guna jenis tepung bleh try ni kulit rangup yg sedappppp tu

    BalasPadam
  4. Okkkkk....dah dapat resepi dia. Tp entah bila nak buat haha...... TQ SB

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih