Kuih Bom

Salam sejahtera. Sarapan pagi dengan kuih bom yang sedap, berintikan pes kacang merah bersama secawan kopi hangat..idaman ku selalu..hahahaa!!!.. Ayat kemain.. Intai-intai resepi kuih bom, rata-rata guna sukatan cawan. Apa pon go on saja la. Daku ni agak M sikit kalau resepi guna cawan. Sukatan cawan yang digunakan adalah untuk 200ml cecair. Guna cawan yang sama untuk sukat semua bahan.

3 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula
1 1/3 cawan air suam
Inti kacang merah secukupnya
Bijan untuk salutan

1. Larutan gula bersama air suam.
2. Tepung pulut dan tepung gandum disatukan dan campur dengan air tadi. Gaul guna tangan hingga sebati.
3. Bentukkan bulat, isikan dengan pes kacang merah.
4. Golek atas bijan, tekan sikit guna tapak tangan supaya bijan melekat elok.
5. Goreng tenggelam (deep fry) hingga keperangan dan hidangkan.

12 ulasan:

  1. KUIH BOM CANTIK BULATNYA..SEDAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa..PI..bulatbulat bite size, senang nak telan

      Padam
  2. Sedap untuk brekpes atau minum petang :)

    BalasPadam
  3. So cute kuih bom :)

    I nak share sikit kepada semua, Sekiranya memerlukan servis membina laman web, boleh layari http://www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my/ untuk dapat info ya ;)

    Thanks

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih