Sate Kulit Ayam

Salam sejahtera. Ni nak kongsi foto sate kulit ayam, bukan daku masak. Mungkin ada antara anda yang terus mengelak menu camni,kan. Yelah, kulit ayam tu sikit tak elok untuk kesihatan. Berlemak, kolesterol tinggi..kalau dapat, elok jangan dicuba. Tapi daku bukannya jenis yang mengelak terus makanan berlemak. Ada kala jugak nak merasa ketulan lemak masuk ke tekak..heheheee!!.. Ni sate kulit ayam dengan sos kacang tersedap yang penah daku makan.  Jangan selalu amalkan, ye dik. Tak pasal kang umur masih muda lagi dah kena serang penyakit yang berkaitan dengan lemak dan gorestelur ni.
Makan dalam 4-5 cucuk sate kulit ayam ni masih boleh diterima akal . Tapi kalau dah berpuluh cucuk sate di pulun...heh!..manusia ke apa? hahaaa!!.. Makan jangan ikut nafsu, okey.
Tobat la daku lepas makan ni..kena buat senaman kat rumah banyak-banyak. Menyapu, mengelap, mengemop, kumpul sampah, berus lantai, cuci bilik mandi dan toilet...katanya nak bakar lemak yang telah di telan kejap tadi. Memang betul la orang cakap, makanan sedap selalunya tak berkhasiat. Ambik sebijik!,,toinkkkk!!..Esok-esok, siap je la penin lalat kejap.
Anda yang rasa geli geleman nak try sate kulit ayam, elok jangan dicuba. Bahaya ketagihan sate kulit ayam ni,dik.  Tapi daku setakat ni masih boleh bertahan hanya dengan melihat sate kulit ayam yang menggoda terjual kat pasar malam.. GODAAN!!.. sekian entry kulit ayam.



10 ulasan:

  1. wahhh satay kulit ayam...macam sedap jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap tapi x boleh selalu sangat

      Padam
  2. Eh... tak pernah jumpa tau kat tempat kakak ni SB.
    Untunglah business ni sebab biasa kan org buang kulit tapi yg ini dia boleh buat business..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakcik yang jual sate ni buat bisnes kat Kota Sentosa, Kuching, kak. memang laris jugak sate kulit ayam ni,..

      Padam
  3. kat brunei banyak jual ni sate kulit ayam tapi kaknoor pun jarang beli sbb sedar diri jugak badan dah banyak spare tyre jgn nak tambah lagi kan tapi kalau ikut nafsu mmg nak jee ni Sue

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu,kak Noor..memang sedap sangat cuma tu saja lahh..tak boleh selalu sangat makan

      Padam
  4. saya dari zaman kanak-kanak mmg tak gemar makan kulit ayam...sebut jer kulit ayam, mmg saya tak suka ..tp skrg ni kalau pergi pasar malam, macam2 bahagian ayam yang dijual...kulit ayam goreng pun ada dijual ..dah tu ada pulak penggemarnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..lain org,lain kegemaran dorang. Tak boleh gak selalu mkn ni..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih