Buat kek pisang guna Bread Maker

Hasil yang cukup enak dan membanggakan
Salam sejahtera. Hari ni daku nak share tutorial bergambar pasal tak reti nak upload ke you tube.. cara-cara buat kek pisang guna Bread Maker. Cayang sesangat kat Bread Maker Elba (klik link untuk idea cover Bread Maker) daku ni.. Nasib baik ko dapat tuan yang sangat menghargai segala fungsi yang ada kat ko..hihiii!!..Tak mo cakap panjang, biar gambar yang berbicara. Jum try tengok saja  buat..
Tepung gandum+baking powder+baking soda+garam = diayak
Telur+minyak masak+esen pisang+gula = gaul sebati guna senduk/whisker

Pisang lenyek halus
Bahan yang dipukul masukkan dulu dalam bread pan
Diikuti dengan tepung yang dah di ayak
Setkan menu ke "Cake" dan tekan "start"
Kikis tepung yang lekat kat tepi bread pan supaya sebati,kena hati2 takut nnt kena kneading blade
Adunan yang cukup rata, kneading blade BM mmg kuat putarnya
Bila dah bunyi "beep", masukkan pisang lenyek
Sepanjang proses menguli dan membakar selepas pisang dimasukkan, pastikan penutup sentiasa tertutup.
Keluarkan dan sejuk atas redai kek
Sukatan untuk bahan-bahan kek pisang :-


3 biji telur gred A
¼ cawan minyak masak
1 sudu teh esen pisang
¾ cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
½ sudu teh garam
1 cawan pisang lenyek

Tips:- Daku guna Bread Maker Elba, so bila pemasa menunjukkan 1:45, keluarkan kneading blade dari bread pan.

Selamat mencuba !


6 ulasan:

  1. sedap nie makan sambil tengok tv...:-))

    BalasPadam
  2. hallo sue.. sedap kek pisang peberet hubby kamek..senang mcm ni dapat tgk step by step tok..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Holla, Atie..bha jum polah sebijik pas tok, k..kamek mok merasa aik tangan kitak iya..

      Padam
  3. cam best je kalau ada bread maker ni....dah lama cik boss nak belikan tapi sy yg selalu menolak sebab takut jadi hiasan semata2....huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah kira bagus tu, Mal..cik boss siap offer lagi..rembat je la mana tau kot2 hiasan katanya akan jadi pembantu dapur nnt.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih