Chocolate Cookies ala ala chipsmore

Salam sejahtera. Semalam entry gambar chocolate cookies ala ala chipsmore..hari ni, daku share resepinya pulak. Rangup sesangat, dan kaya dengan rasa coklat. Tak percaya?..boleh cuba. Resepi ni daku cedok dari salah sebuah buku Alan Ooi.
250gm butter
130gm gula kastor
130gm brown sugar / gula perang
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
350gm tepung gandum
35gm serbuk koko
2 sudu teh baking powder
setengah sudu teh baking soda
100gm chocolate chip

1. Butter, gula, gula perang, esen vanila dan telur dipukul sebati (jangan pukul lama sangat).
2. Masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda yang telah diayak. Gaul guna spatula hingga menjadi doh.
3. Bentukkan bulat (8gm sebiji) dan letakkan dalam loyang yang di alas dengan baking paper. Tekan guna belakang sudu dan hiaskan dengan chocolate chip.
4. Bakar dalam preheated ketuhar pada suhu 150C selama 20-25 minit atau bergantung pada ketuhar masing-masing.
5. Sejukkan atas redai kek dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Tips :- Daku guna penyukat cecair 1 sudu teh rata untuk setiap doh sebelum dibentuk kan bulat. Sebab tu bila dah masak, saiznya lebih kurang saja semua..Bite size, sekali ngapp saja.

6 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi khamis

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ahaa..amik jak NN..banyak lagi tu :-)

      Padam
  3. patutlah sama besar...boleh cuba idea nie :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck IA..nak lagi besar guna sudu sukatan cecair saiz sudu makan..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih