Homemade kway teow

tepung beras
Salam sejahtera. Lama tak buat entry panjang berjela. Kali ni nak share cara daku buat homemade kway teow.  Sendiri buat, sendiri masak..satu family makan,.. memang puas hati.  Yang penting, tepung beras tu bukan sendiri buat sebab daku tak reti nak buat tepung..hahaa!!.. Beli sebungkus tepung beras, hanya RM2.60. Lebih murah dari harga sebungkus kway teow mentah yang terjual kat pasaraya..yang belum tentu terjamin kebersihan segala,okey.. Seperti biasa entry ni, kalau takda foto, payah daku nak terang satu-satu. Jadi harapnya foto nanti dapat membantu anda bagaimana cara buat homemade kway teow ni nanti.
Sediakan pengukus dan bekas kukusan. Daku guna penutup periuk cap kucing saja,..mudah sebab leper. Kalau ikut cara sebenar, dorang guna kuali leper non stick. Bagi daku, guna penutup ni lebih senang dan cepat..harus disediakan dalam 2-3 penutup sebab nak memudahkan kerja mengukus nanti.
Ini bancuhan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, minyak, air dan sedikit garam. Lepas bancuh, biarkan selama 20-30 minit sebelum dikukus.
Tuang bancuhan tepung ke atas penutup periuk cap kucing, tak perlu banyak, nipis saja lapisan nya supaya cepat masak. Kukus dalam tempoh 3-4 minit, dah masak. Angkat dan sejukkan ( daku letak dalam freezer seminit, supaya cepat sejuk. Dalam pada tu, boleh la teruskan kerja mengukus dengan penutup periuk cap kucing daku yang satu lagi.
Bila dah masak dan sejuk, lebih kurang macam ni la rupanya. Senang nak angkat sebab tak melekat. Jimat duit daku, tak perlu beli kuali leper non stick tu. Musim gawat begini, seeloknya biarlah berjimat, guna apa yang ada.
Gulung lapisan tu tadi..senang saja buat  sebab bila dah sejuk macam ni.. Kalau masih panas-panas, ianya masih melekat kat tudung periuk cap kucing dan susah nak gulung.
Guna pisau atau shear, potong lebih kurang 1 cm setiap satu. Kalau tak faham jugak, rujuk foto atas.
Buka gulungan tadi dan hasilnya..ttaaddaaa!!.. Usah risau sebab helaian tu tak akan melekat antara satu sama lain sebab dah berminyak. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk. Homemade kway tiau ni tahan untuk 2-3 hari. Selamat mencuba!!.
RESEPI ASAL HOMEMADE KWAY TEOW..KLIK SINI




12 ulasan:

  1. Kalau yg masih bergulung tu terus buatkan kuah laksam jadi laksam SB
    Bila buka gulungan jadi kwee-teow:)
    Manariklah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksam oh laksam..SB try nak blajar buat kuah..sedap tu, Kak Zakie

      Padam
  2. ehhh macam best jer ni, macam boleh cuba jer ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck, Farah.kalo menjadi,boleh share nanti

      Padam
  3. Balasan
    1. Laksam..sedap..SB nak try buat pas ni

      Padam
  4. kalau tengok macam senang jer nak buat..tapi saya ni tak serajin sue bee... hebat la sue bee sampai mee teow pun buat sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq, DP..zaman gawat mcm ni, kna buat sendiri saja kt rumah

      Padam
  5. gini juga caranya buat laksam tapi tebal sikit kot...sedapnya kuewteow homemade.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang buat sendiri ni lebih kenyal sbb guna tepung beras banyak, PI..ada gak versi guna tepung gandum tapi hasilnya bila digoreng,mudah hancur

      Padam
  6. rajinnya sue buat kway teow sendiri, kaknoor selalu beli je balik goreng, tunggu mood rajin nak try gak resepi Sue ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck,kak. Musim gawat ditambah dgn angin rajin,maka menjadi jugak homemade kway teow ni..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih