Japanese Cheese Cake

kek keju
Salam sejahtera. Percubaan kali kedua daku buat Japanese Cheesecake, agak berjaya dan memang sedap. Lembutnya kek ni, tak yah nak cakap. Kena hati-hati bila nak potong. Resepi Japanese Cheesecake ni daku cedok dari ntah mana,. resepi dah lama dalam kebuk dapur, baru pagi ni terlintas nak buat.
Japanese Cheesecake ni biarkan menyejuk sendiri dalam ketuhar. Lepas masak tu, buka sedikit pintu ketuhar tu supaya angin dari luar tu masuk sikit.  Kalau masih panas-panas, dikeluarkan terus, kek tu akan mengecut sebab terkejut. Sini daku share resepi Japanese Cheesecake yang simple.

7 keping cheese
200ml susu cair
4 biji telur gred A (Asingkan putih dan kuning telur)
75 gram tepung gandum + 1 sudu teh serbuk penaik
75 gram mentega
100gm gula halus
Setengah sudu teh cream of tartar

Cara buat
1. Panaskan susu cair, masukkan cheese keping dan kacau hingga hancur.
2. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Sejukkan seketika.
3. Pukul putih telur, gula halus dan cream of tartar hingga menjadi meringue. Ketepikan.
4. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan masukkan larutan susu tadi.
5. Sambil terus dipukul, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga sebati. Jangan over beat..
6. Ambil sesenduk adunan meringue dan kaup balik ke dalam adunan kuning telur hingga sebati.
7. Tuang adunan tadi ke dalam meringue lebihan dan kaup balik hingga rata.. tapi jangan sampai meringue tu mencair balik sebab terlebih kaup.
8. Masukkan ke dalam loyang 8 inci yang dah dilapik dengan baking paper dan bakar secara "double boiler" pada suhu 130C selama 40-50 minit, guna grill api bawah. Suhu bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan.
Dah diterbalikkan dari redai kek, camni la rupa nya
gebus gebass..sapa la yang tahan tengok bila kek jadinya begini..rasa mok di telan kinek kinek iya juak..kihkihkih!!
BTW, terima kasih banyak2 kat CIK NUFFY sebab tempek 4 kempen CPUV kat blog kita. Pada blogger baru-baru semua, jangan lupa join Nuffnang.



10 ulasan:

  1. wahhhh...suee.. kamek suka beli kek ni kat kedai jak... nampak sedap tokk..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Atie..bukan nampak tqpi mmg nyaman..lebih lagi kalo biar semalaman dulu pada suhu bilik.

      Padam
  2. Alahai kakak pun teringin juga nak merasa SB
    Keknya pun cantiklah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni kak Zakie. Cuma stepnya agak banyak.

      Padam
  3. sedapnya kek ni gebus lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk minum petang bersama secawan teh, PI

      Padam
  4. belom pernah buat kek ni...nampak lembab dan lembut.. :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi IA..kek ni mmg sgt2 lembut dan gebu.

      Padam
  5. makan kek ni dengan teh o panas.. dapnye.. dahlah tengah menahan sejuk aircond office ni.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmgg dapnyaaa, Aiza.. aircond slow sikit..kan nanti air teh cepat sejuk.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih