Oreo Blueberry Cheesecake sedap dan simple

Salam sejahtera. Bergelap semacam foto oreo blueberry cheesecake daku. Bukan sebab tak da bayar letrik..hahaaa!!.. Baru je bulan lepas Pak Nan umumkan penurunan tariff letrik, seronot la tengok bil letrik sikit rm nya. Bila bil baru sampai semalam, kejut beruk daku tengok.. beratus lemon oiii!!... apakahh??.. Dah tu reading nya 2 kali dalam satu bil.. ntah la tak paham daku.
blueberry paste

Dah bingung kejap daku, biol palak pikey.. malas mok layan. Bagus gik layan oreo blueberry cheesecake daku sendiri buat. Nak melawa kau beli kat Secret Recipe, usah mimpi. Memang la sedap tapi setakat besar separuh tapak tangan saja mana cukup..
Resepi Oreo Blueberry Cheesecake daku ni simple sesangat..tak da bubuh whipping cream, yogurt dan blueberry filling. Jum tengok bahan-bahannya..

 Base:-
100gm biskut oreo, buang inti dan hancurkan
50gm mentega cair
Campur bahan2 ni sebati dan masukkan ke dalam loyang 6 inci yang dah dilapik dengan cling wrap..kalau takda loyang loose base. Mampatkan dan sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

Bahan kek
7gm gelatin
125ml susu cair
250gm cream cheese
1 cawan gula
2 sudu makan blueberry paste
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
1. Panaskan susu cair dan masukkan gelatin, kacau hingga larut, sejukkan.
2. Putar cream cheese dan gula hingga kembang.
3. Masukkan susu tadi ke dalam adunan cheese dan pukul hingga rata.
4. Asingkan sedikit adunan dan campurkan dengan blueberry paste dan masukkan ke dalam piping bag. Selebihnya masukkan esen vanila.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Adunan blueberry paste tadi di picit atas nya. Boleh juga halakan muncung piping bag ke dalam adunan dan picitkan. Buatlah apa yang patut pada adunan blueberry pes tu, ya..
6. Sejukkan selama 3-4 jam sebelum dipotong.

Selamat mencuba!!

12 ulasan:

  1. hahha..kamek pun terkejut nengok bil terbaru letrik..macam naik tok mahal tak pernah2 kamek kenak.. huhu...
    sedap kek nampak.. adoi terliur kamek nengok.. bila lah mo belajar buat ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sinun sama juak ka?..mmg nait walaupun sikda penggunaan berlebihan tok aih.heran kan. kek iya sik lama lam peti sejuk..sehari dah habis ditelan :0

      Padam
  2. Balasan
    1. Hamboi NN.. lagikkk..amik lah sepotong saja, tau..hihi

      Padam
  3. Tu lah Sue Bee.. GST nya pun dah RM38 hingget..
    Mana kata turun harga takrif tu..
    Aduhai...
    Jom lah layan blueberry cheesecake yg buat saya telan air liur banyak kali ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bil letrik tu, makin bnyk kali tgk, makin pening sbb tak paham cajnya apa kah..CH, layan resepi nya sekali tu.simple saja..

      Padam
  4. nampak sedap lah Sue, akak pun macam nak tiru jugak suatu hari yg rajin lah bila dah cukup barang nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap ni,kak..tak berlemak sgt..sedang2 gitew.

      Padam
  5. unbaked cheesecake...sesuai sangat, rumah takde oven..hehe..yummylicious..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu,Nohas.lagipun takda guna telur,so rasa selamat mkn kek tanpa masak ni

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih