Ayam Paprik

ayam
Salam sejahtera. Masakan biasa-biasa saja kali ni. Daku try lagi resepi yang ada dalam buku 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza iaitu ayam paprik.  Sedap sesangat. Banyak guna sayuran tu, lagi bagus.. Ada jugak bahan yang daku tak masukkan ke dalam masakan sebab TAK ADA..

300gm isi ayam ( daku guna dada ayam)
1 biji lobak (hiris nipis)
100gm kubis bunga (potong floret)
5 helai daun limau purut
100gm jagung muda (hiris nipis)
3 biji tomato (belah 4)
2 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
minyak masak

1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan dada ayam dan kacau. Biarkan seketika.
2. Masukkan lobak, bunga kubis dan jagung muda. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit.
3. Masukkan semua sos dan cili, daun limau purut dan tomato. Tutup kuali dan masak lagi hingga sayur lembut. Tambah sikit air kalau kering sangat.
4. Angkat dan hidangkan.
Lari dari tajuk entry. Ni Tupperware Large Stor N Pour, baru beli. Suka sesangat..daku letak minyak masak dalam. Senang kerja mak. Lagi satu, bekas ni memang elok simpan minyak masak. Lepas tuang garenti tak meleleh kat tepi2 muncung nya tue. So botolnya kekal bersih dan tak berminyak di luar. Puas hati daku..hihii

Nah, mahu tidak nya keluar segala otot bahu dan tangan daku kalau hari-hari kena angkat botol minyak masak 5kg ni. Sanggup ke?..hahahaaa!!.. Gitew laa kalau dah beli barang dapur, alang-alang beli botol kecil sebab daku hari-hari masak kat rumah. Belum lagi part goreng-goreng ayam, ikan atau fries untuk anak-anak. Sebotol minyak kecil tu kekadang hanya bertahan seminggu atau kurang.
Tupperware Large Stor N Pour ni satu set ada 3 botol. Satu daku simpan kicap..tinggal satu saja lagi..ingat nak letak sos cili dalam. Sekian


18 ulasan:

  1. Kakak suka resepi paprik ni sebab bau daun limau purut dia tu SB

    Minyak masak kalau 5kg angkat selalu tu nak uji otot SB - ok juga hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, kak Zakie. Ni kalau dah tiap kali masak,kna angkat botol, bkn menguji namanya tuh..ahahaha!. Adehh!!.

      Padam
  2. perghh ayam paprik memang sedap sue..makan dgn nasi panas2 mmg bertambah dua tiga pinggan..haha.. sebab byk sayur tu kamek suka..
    senang klu ada Tupperware Large Stor & Pour ni.. tak perlu lah nak tuang2 minyak dr botol lg kan... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sedap ni Atie. Lagi bersemangat nak masak sbb ada botol minyak masak 5kg kna angkat..hahaaa!!.

      Padam
  3. sedapnyeeee...lapauuuuu dah nieee....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa..Flasya tak sarapan pagi ke tadi?awal2 dah lapau.

      Padam
  4. AYAM PAPRIK BANYAK SAYURNYA...SEDAPTU.
    MMG ELOK GUNAKAN BEKAS MINYAK YG MEMUDAHKAN KERJA-KERJA DI DAPUR.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakan yg menyihatkan. Minyak pun sikit je pakai..

      Padam
  5. Sedapnya.. kesukaan saya masakan paprik ni Sue Bee..
    Good idea Sue Bee.. betul jugak minyak tak meleleh keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan,CH. Lepas ni mmg SB nak masak paprik lagi.sedapp weyy!.lagi semangat sbb botol minyak baru..hehe

      Padam
  6. jarang2 masak paprik dan yg pasti hari2 saya angkat minyak 5 kilo tu T____T.....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,Mal. Botol 5kg tu kalau tinggal suku sja minyak nya,mmg ringan. Tapi jika masih baru lagi,alahai..!!

      Padam
  7. yan suka paprik..sedap.lebih2 lagi ada seafood

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada seafood lagi mmg sedap,kan Yan. Ada masa nak SB buat versi seafood.

      Padam
  8. tengahari baca pasal paprik memang berbunyi perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hola arz. Power tak foto ayam paprik SB hingga mampu buat rasa lapar..hihi!!

      Padam
  9. Okje pun ada gak buku resepi tu ....tp masaknya jarang hihi....
    Okje belasah jer SB...angkat minyak tu, sampai sadolah jadinya lengan ni hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Byk lagi resepi yg SB blum try dlm buku ni. Tgh skodeng apa yg patut di masak duluan..hahaa..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih