Ikan Bawal Goreng

ikan masam manis
Ikan bawal goreng paling simple


Salam sejahtera. Resepi ikan bawal goreng pun masuk blog ke? Nampak sangat dia tak da acara buat kek lapis atau yang sewaktu dengan nya. Takpa.. Anda pernah tak sakit hati dengan ikan goreng?. Sakitnya tuh disini..bila masuk kuali, berdesing cantik saja bunyi nya kan. Tapi bila nak balikkan ikan tuhh!!..hahaaa.. LEKAT LA PULAKK.. Sapa tak geram? Daku tidakkk..hahaa. Lagi geram sebab minyak panas hinggap kat tangan, sikit tapi sakit la weyhh!. Orang tak pernah goreng ikan memang la tak pernah merasa kena serangan minyak panas dari kuali. Ni daku nak bagi tips mudah cara goreng ikan supaya ikan tak melekat kat kuali.

1.Bersihkan ikan dan tos kering-kering, biar air nya tuh kluar semua, check bagian perut tu sebab kat situ air mudah bertakung. Ayat merapu kejap tapi  ada benarnya.
2.Lumur sikit garam dan tepung gandum. Sila guna tangan dan bukannya belakang sudu. Geli?..okey, tak yah makan ikan pas ni.
3.Guna kuali besar daripada saiz ikan. Kalau ikan tu sebesar kuali, potong dua. Kuali saiz bajet, setakat sesudu dua minyak masak muat, elok tak payah guna.
4.Panaskan kuali dan minyak. Minyak yang betul2 panas, celup jari, keluar boleh jadi chicken fingers tu dah kira panas sesangat. Dont try this at home or anywhere else..
5.Mana yang mampu dan ada kuali non stick, boleh guna jugak.
6.Masukkan ikan ke dalam minyak panas tu tadi, api tak perlu besar sangat, sedang-sedang saja cukup. Bila dah keperangan, guna sudip rata untuk terbalikkan ikan tu, tapi kena hati-hati jugak.

Kalau ikut tips yang daku bagi ni, ikan goreng anda pastinya akan jadi ikan goreng paling sempurna dan rangup hasilnya. Foto kat atas tu ikan bawal goreng, daku curah segala sos cili dan tomato yang ada kat dapur tuh. Jadi rasa masam-masam manis pon ada. Nak manis lagi tambah gula. Ikan bawal goreng masam manis paling mudah daku sediakan..tak perlu gi potong nanas cili benggala bagai. Masakan bajet?. Terpulang pada pandangan anda, yang penting rasa nya sedap dan tak lekat kat kuali..heheheee!!.. Sekian.

10 ulasan:

  1. yang simple tu la yg sedap kan..hihi
    makan bertambah silap2 tau.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg pon bertambah nasik, Ecah..sos licin lagi.

      Padam
  2. test celup jari tu yg tak tahan tu...kalau saya percik kan air ke dlm kuali, kalau bunyi kuat, maknanya dah panas benor..hehe..

    pernah buat ikan sweet sour utk kenduri doa selamat di kpg, potong cili benggala, nenas, timun bagai, yg dimakan cuma ikan je, yg bahan byk2 terbiar sepi..huhu..sakit (hati) nya tuh disini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduhh..mmg sakit nya tuh bila tgk ada yg terbiar dlm pinggan ni, Nohas. Takpa, lepas ni kan..goreng kosong saja,k. Penah gak SB gi percik air mcm yg nohas buat, tapi kena balik kat SB..hahaa!! Taubat daku tak buat lagi..sakit tau..

      Padam
  3. yan suka ratah ikan :-)) ... terliur pulak nampak bawal nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kalau goreng garing kan,Yan..

      Padam
  4. saya tak makan ikan bawal tapi bole ditukar dengan jemis ikan yg lain....resepi simple2 camni yg tambah selera makan....hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Helo ,Malinda. Yupp, apa jenis ikan boleh goreng..janji sedap

      Padam
  5. suka goreng biasa... mkn dgn nasi pns n kicap pn da ckp menyelerakn :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan KR.. lagi simple lagi sedappp

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih