Ikan lumek goreng tepung

ikan lumek
Salam sejahtera. Rangup  ikan lumek goreng tepung ni..cicah dengan sambal kicap lagi..fuuyoo!!.. Salutan tepung yang daku guna ni biasa-biasa saja. Yang penting, ikan lumek yang dah dibersihkan tu, kena tos kan kering-kering sebelum di salut dengan tepung. Untuk campuran tepung yang berperisa sedap, guna tepung gandum, lada sulah, baking powder sikit, garam dan bahan perasa sikit..tambah lagi serbuk cili..gaul semua tu dan salut kat ikan lumek tadi. Goreng dalam minyak yang cukup panas dan banyak. Sekian.