Kek Lapis Choco Horlicks

Salam sejahtera. Angin R besar melanda patut la hujan. Daku terjenguk-jenguk blog masakan Ha Sue . Lama jugak dia menyepikan diri. Cik Akak Ha Sue ni sama sekolah dengan daku time sekolah menengah dulu, tapi dia senior sikit. Salah satu resepi yang di kongsi kat FB ialah Kek Lapis Choco Horlicks ni. Daku buat versi bakar tapi masih jugak moist dan lembutnya tu. Sekejap je dah habis. Kaya rasa coklat sebab ianya guna serbuk koko. Minta izin yer, kak.. Daku share resepinya kat sini.

( SUMBER: HaSue )
Bahan2:
250g mentega tulen
1/2 cawan gula halus
5 biji telur gred A
1/2 tin susu pekat manis
70g horlicks
30g serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara2:
  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim
  3. Masukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi)
  4. Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan
  5. Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagian
  6. Bahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
  7. Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.
  8. Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

12 ulasan:

  1. Tgok pun tau sedap...alahai dh umur2 macam ni baru teringin nak makan kek segala bagai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa,SA..SB punya selera pon makin naik ni

      Padam
  2. teringin tekak ni nengoknya..

    BalasPadam
  3. mentega tulen??..hehe

    rambang mata tengok kek lapis di Dayang Salhah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tukar kepada mentega brand Bakels..mmg halal

      Padam
  4. cantik belang2nya...yan tak penah jadi...mesti ada tebal nipis :'-C

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq. Yan boleh guna sudu sukatan cecair, sediakan 2 ,satu untuk adunan coklat dan satu lagi utk adunan horlicks. Kalau mcm lapisan dkm foto, SB guna sudu sukatan cecair 100ml.

      Padam
  5. sedappppnyeeeee....cantik SB melapis kemas je...kalau sy yg buat kompom tinggi rendah lapisan tu...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple bahan2 tu Mal..tinggi rendah lapisan belakang kira,..yg penting sedaapppp..

      Padam
  6. Rajinnya awak ni SB buat kek.... kasi transfer sikit rajin tu......Bilalah okje nak rajin ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihii.. OKje , mcm nak pindah tempat keja la pulak..mintak transfer katanya..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih