Kuih Pelita

kuih pelita paling mudah
Salam sejahtera. Ni nak share resepi kuih pelita paling simple dan mudah. Tak perlu gi cari daun pisang untuk acuan..leceh bha iteww.
Ni semua bahan yang daku guna.. tepung hoen kwee sebotol, santan kelapa sekotak, pes pandan 1 sudu makan, garam secubit dan air 200ml. Semua bahan ni bubuh dalam periuk, masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu hingga likat dan pekat. Bila dah pekat, masukkan adunan ke dalam acuan / loyang kek 5 inci yang dah disapu sikit minyak, ratakan dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila dah keras dan sejuk, keluarkan dan potong ikut suka hati. Sekian.


10 ulasan:

  1. wah sedap dan cantik ni..mudah juga caranya...boleh cuba ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg senang,PI..tak banyak kerja.sedap pon sedap mkn sejuk

      Padam
  2. Kuih pelita jugak kuih kegemaran hubby kamek.. bolehlah tgk resepi Sue ni klu nak buat nti...hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amik jak resepi sia, Atie...hehee!!polah time posa kelak

      Padam
  3. suka sangat bila SB kongsi resepi kuih yg sedap tapi sangat mudah nak buat lagi2 dah dekat bulan puasa ni mesti nnti selalu skodeng sini mencari resepi kuih yg sedap2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq, Mal. Resepi yang simple,banyak jimat masa kita..

      Padam
  4. suka kueh nie...betul juga..buat cara macam nie lagi senang :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Yan..letak saja semua tu dalm loyang sebijik..senang.

      Padam
  5. Bab buat kuih2 macam ni SA failed la SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa SA.. gerai kuih banyak kat luar tu..kan senang :-)

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih