Tiger Cream crackers semakin tiada kualiti

Salam sejahtera. Ni entry bukan nak memburukkan jenama biskut terkenal seluruh negara. Siapa tak kenal Tiger cream crackers?. Sejak setahun dua ni daku perasan akan kualiti biskutnya yang semakin teruk. Kalau 4-5 tahun lepas, daku memang suka sesangat dengan biskut krim Tiger sebab rasa nya tu memang enak. Bentuk biskut pon nampak kemas, tak kembung sana sini. Pagi ni bila daku buka pembungkusnya, memang agak terkejut jugak. Rasa biskut itu yang sesangat mengecewakan..rasa macam makan tepung goreng saja..kelemakan biskut Tiger itu sendiri entah hilang kemana. Bentuk nya lagi tak payah nak cakap..hadoiyaaiii!!.. Potong mood sarapan betul la. QS kilang biskut cuti panjang ke? Macam tak berbaloi dengan harganya.. Sekian.

12 ulasan:

  1. peminat tiger cracker ya...kalau dh xmenepati selera bnyak lagi biskut jenis ni yg boleh dipilih sue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PI..nampak gaya kena beralih minat ke jenama lain lepas ni :(

      Padam
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    hehe hari ini malasnya nak dtg keja, bukan apa dah cuti lama kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera, Anum. Masih mood cuti2 lagi lah ni?..takpa, esok2 tu back to normal life..hihi

      Padam
  3. semua sdh mahal sue.. jadi walau kadang harga sama tapi kualiti out...huhu... kamek suka yg biskut julie...berkrim :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampa keciwa lah tok,Atie.jenama yg daku puja udah tiada kualitinya..sik nyaman dah rasa nya.

      Padam
  4. yan masih setia.dengan jenama julies :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak gaya, SB kena tukar selera ke jenama lain kan, IA..

      Padam
  5. try macam2 brand, yg best Hup Seng cap pingpong...sekali-sekala bolehlah Jacob's..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup..hup seng ada jual kat sini..jenama klasik tu.

      Padam
  6. ohh sy tak pernah beli tiger yg biskut 4segi ni so tak dpt nak komen..biasa beli yg tiger iklan lari kuat cam harimau kt tv tu je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi PK.. tiger susu.,manis sikit tapi bebudak mmg suka.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih