Ayam Goreng Deep Fryer Tefal

 
Salam sejahtera. Hari tu kecoh daku dengan "benda yang patut di cabut ke tidak" . Ni semua gara-gara daku yang tak reti nak guna.. gelak kontrol ayu kejap. Sudahnya, daku cabut jugak la benda tu. Risaukan manatau tetiba cair dalam minyak panas, termakan ayam goreng perasa plastik. Heran tak heran, kenapa ayam goreng tu merah sesangat, mak Ngah?. Silap kamera setting ke?. Takkk, ayam tu daku perap dengan samboi merah, salut tepung gandum. Tu saja, okay.
Memula perap ayam tu lebih kurang dalam 4-5 jam dengan samboi merah. Perap semalaman lagi bagus sebab ianya meresap. Kat sini penggunaan garam tak diperlukan.
Naikkan bakul di cenggini. Sebelum tu kena letak minyak dan biarkan ianya panas sendiri. Of coz la kena on suiznya,dik. Tittuttittuttt...tekan button untuk goreng ayam,tittutiitttuuutt lagi, tekan pemasa berapa minit kita nak ayam tu berendam enak dalam minyak masak panas..kejam kah daku?
Turunkan bakul tu elok2, jangan campak yerr..biar seminit dulu, kendian baru boleh tutup. Ini membolehkan wap air nya keluar.
Tutup dan tunggu hingga pemasa berbunyi untuk menunjukkan ayam goreng kita dah pon masak. Tempat paling elok untuk letak deep fryer ni ialah berdekatan dengan tingkap. Ada aliran udara keluar masuk tu. Satu yang bagus tentang deep fryer ni, ianya boleh kontrol suhu minyak, jadi takda la ayam goreng hangus. Bila goreng-goreng macam ni, tak da kesan minyak atas lantai ke, tepi dapur atau kat dinding. Senang keja daku.
Angkat dan toskan minyak. Bakul tu boleh ditanggalkan dari bekasnya. Ni anggaran untuk sekali goreng lebih kurang dalam 500gm. Jangan pulak letak membukit ayam dalam bakul tu,ya. Sukatan minyak pula ia memerlukan lebih kurang 2 - 2.2 liter dan minyak tu boleh digunakan semula hingga 10-12 kali goreng pada masa yang sama. Untuk gorengan seterusnya, setkan pemasa sekali lagi. Bab membersihkan deep fryer ni memang senang tapi kena tunggu selama 2-4 jam sebelum minyak dalam tu sejuk sepenuhnya.
Seronot bila dapat hadiah yang memang berbaloi untuk daku guna kat dapur selain memenuhi ruang atas kabinet. Orang lain kecoh pasal air fryer, cik ahkak tak kesah pon..hahaaa!!.. Sekian.







18 ulasan:

  1. mudahnya Sue guna tefal tu ya, tkde yg nak bagi hadiah nampaknya kena hadiahkan diri sendiri lah ni Sue hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee..kak Noor bagi hint skit kat cik abang..kompom dapat pasni

      Padam
  2. tak rasa masam ke ayam goreng tu kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita cari samboi yg berkualiti, saiz sedang besar, kering dan berkedut. Rasa samboi yg elok digunakan ada rasa manis,masin dan masam,yan.

      Padam
  3. makin mudah kerja makin rajin ke dapur yer sie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpa,PI..SB yg makin rajin MAKAN..hahaa!!..

      Padam
  4. senang kerja ya sue guna set Tefal.. kamek mo minta belas ihsan suami lah belikan..haha.. ayam goreng nampak sgt sedap, blm pernah guna asam boi..nti nak cuba buat utk buka puasa...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba la masak nnt pakey bukak posa. Carik samboi yang berkualiti,jamin mmg sedap sik perlu tambah benda lain.

      Padam
  5. ayam tandoori ni...lepas ni boleh buat ayam goreng KFC pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu la rancangan nya,Nohas.hihii!!

      Padam
  6. bestnye kalau ada seketul camni...nak goreng ape2 pon senang dan yg paling best ayam goreng SB tu nampak sedap meletop2 merah membara lagi tuh... ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau realitinya tak la merah sesangat ni,Mal..tu yg SB perasan masa memula tgk gambar ayam. Saja ja bagi nampak meriah ke apa si kepak ayam ni..hahaa!!..

      Padam
  7. Waahhh... ini kalau pakai baju cantik dan wangi-wangi pun tak terjejas kena bau ayam goerng kan sebab dah tertutup. Kakak tak ada lagi ni. Best pulak tengok SB buat ayam goreng warna merah - cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp, kak Zakie. Risau makeup saja lebur. Bekas tertutup rapat ni tapi bauan sedap ayam goreng tetap kluar..

      Padam
  8. dengan tefal segala2nya kini Mudah.haha kemain sy iklan...ayam cantik warnanya..sedap tgok..something difference guna asamboi..terbaiklah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haruslah ada iklan,PK..baru la ngammm gitu.

      Padam
  9. Perghh, terliur tengok gambar. kena mintak sikit ni.hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Batal posa kang Arpiizz..hehehe..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih