Cara buat Caramelo Almond Crunchies Mudah

cara buat caramelo almond,tutorial bergambar
krupkrapkrupkrap..sorang-sorang makan tak sedar sebalang habis..
Salam sejahtera. Hari tu janji nak  buat entry cara buat caramelo almond crunchies mudah..ni nak tunaikan lah ni. Bahan-bahan yang digunakan memang mahal sikit tapi berbaloi kalau buat sendiri. Okay, macam biasalah kan, tutorial bergambar cara buat caramelo almond ni mesti ada. Nak terangkan step by step tanpa gambar, kekok la maklumlah daku ni pemalu sikit.kehkehkeh!!..
Sediakan bahan-bahan, ni yang daku beli kat KKK

Timbang tepung florenta 200gm

Bakar almond keping dan biji kuaci selama 5-7 minit, guna api atas bawah
Campur sebati semua bahan tu ke dalam bekas bersama tepung florenta

Sediakan loyang dan baking paper, tuang campuran tadi

Ratakan, pastikan ianya tidak terlalu tebal atau terlalu nipis
Lepas bakar selama 20 minit guna api atas bawah, potong cepat2 sementara ia masih panas
Resepi asal, daku cedok DARI SINI . Terima kasih banyak-banyak yer, Kak. Blog Cik Akak ni pujaan daku dari dulu lagi ni, jangan tak tau. "belajar untuk sabar".. kalau guna resepi DARI SINI, kompom tak peroi. Selamat mencuba.!

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yup,NN. CAmpur saja bahan pastu bakar.

      Padam
  2. hehe..agaknya yan punya sukatannya salah kot sb...gaji nanti nak try guna cara sb pulak...mujur ada gambar step2 :-))

    BalasPadam
  3. mudahhhh..tapi bahannya plak yang mahal....tepung florenta tu kalau di JB lebih kurang RM20++...hihi...tak masukm dengan kekacangnya sekali kan...tapi boleh juga kalau nk buat kudapan masa raya nnt!



    Singgah blogwalking...:)
    Korang gemuk ke?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/06/gemukkah-aku.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, Sue..kekacang yg digunakan dari jenis mahal walaupun senang nak dapat.

      Padam
  4. dah lama teringin nak buat biskut ni sebab kalau nak beli mahal harganye...tapi tempat saya ni susah nak jumpe tepung florenta tu...kalau jumpe nnti bole buat utk raya nnti... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba Mal order online tepung ni,kot kot ada. Boleh try buat masa raya nanti

      Padam
  5. nmpk senang sangat..tp sy ni Tepung florento pun tak tau..cmna?hahaha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee..PK gi kat kedai supply bahan kek,kompom ada jual. Ianya terjual dalam paket 500gm

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih