Hiasan biskut mudah

Salam sejahtera. Celik pejam mata dah pon pertengahan bulan June. Sekejap masa berlalu,esok-esok anak anak semakin membesar, cik Ahkak umur pon makin meningkat. Taubat banyak-banyak sebab kita belum tahu bila sampai masa nya kita akan dipanggil kembali. Sedih tak sedih, hidup kena teruskan juga.
Okey, teruskan entry kali ni, iaitu cara mudah untuk menghias biskut. Untuk foto seperti diatas, resepi chocolate cookies ala-ala chipsmore, daku abaikan hiasan coklat cip dan bubuh royal aising di atasnya. Jika anda was-was dengan penggunaan putih telur tu, gunakan serbuk white eggs yang ada terjual di bakeri. Paipkan royal aising ketika biskut masih panas dan baru dikeluarkan dari oven. Dari situ, putih telur akan mengeras dan masak sendirinya. Untuk resepi royal aising, ni daku share sikit.

1 biji putih telur gred A
150gm gula aising
10gm tepung jagung
Pilihan warna ikut citarasa
Esen ros setitik dua

Pukul semua bahan diatas (kecuali pewarna) hingga betul-betul berkilat, keras dan gebu. Masukkan pewarna pilihan masing-masing dan gaul rata. Letak dalam piping bag dan sedia untuk dipaip ke atas biskut yang masih panas. Selamat mencuba dan sekian.



21 ulasan:

  1. kalau rajin bole hias2 biskut raya tahun ni...tq SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome,Mal. Senang saja tu.

      Padam
  2. Balasan
    1. Hiasan tu yg memainkan peranan,falsya :)

      Padam
  3. choc chips memang all times fav...selamat membaking semula..sekejap je rehatnya..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuti dari mem baking dah habesss..hihihii

      Padam
  4. Balasan
    1. Yuppp,dik..cuba buat utk raya posa

      Padam
  5. SB punya tangan memang keratif boleh menconteng atas biskut dgn bentuk yg sama macam mesin. Expert dlm hal ini SB kakak dah tahu sangat:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq ,kak. Seronok kna puji kak Zakie ni..hihi..

      Padam
  6. Kalau pakar yang buat, memanglah cantik. Cubalah bagi saya piping bag tu suruh buat hiasan macam di atas yang simple katanya... mahu tak laku biskut saya kalau nak dijual. Hahaha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elo,MD..try buat ikon smiley atas biskut tu,lagi simple..bebudak kompom suka..hahaa..lebih kurang mcm panggilan "makan saya,makan saya"..dijamin laris..hehe

      Padam
  7. dah nak raya ni..TQ for the nice tips..klu rajin nti Boleh Cuba resepi royal aising ni..mesti makin berseri biskut dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi PK.bubuh warna cantik2..lagi memikat mata memandang.seeloknya guna pewarna pes. Kalau jenis cecair letak sedikit saja pon cukup.

      Padam
    2. kt umah ni ada jenis cecair je. guna hat tu ja la jimat belanja.hehe

      Padam
    3. Tak bubuh warna pon ok,PK..tapi kalau nak letak esen vanila,in case esen ros pon takda, guna esen vanila jenis jernih. Kalau guna dari jenis hitam, aising akan nampak coklat sedikit nnt.

      Padam
  8. Cantik dan menarik biskut tu :D

    BalasPadam
  9. Bab biskut2 ni mmg akan surrender awal2

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih