Cara merebus sagu mata ikan



Masih dalam mood raya ke? Ni daku nak tunjuk masakan mudah hahaaa!!gelak ramai ramai,dik . Sagu mata ikan atau ‘telur katak’ memang selalu digunakan dalam pembuatan cendol atau bubur nasi cha cha, bubur keledek atau kuih klasik. Biasanya kalau buat bubur, sagu mata ikan ni kita terus bubuh dalam masakan. Tapi apa yang daku nak share kat sini ialah cara penyediaan merebus sagu mata ikan yang tidak terus kita guna dalam masakan. Mungkin kekadang kita nak buat persiapan awal. Sebagai contoh,  nak masak bubur atau cendol tapi kita tak nak letak awal sangat sagu mata ikan ni. Jum kita tengok macamana caranya.

Didihkan air secukupnya. Bila cukup mendidih, masukkan biji mata ikan dan kacau selalu hingga sagu mata ikan menjadi jernih dan tidak melekat antara satu sama lain. Toskan dan terus jirus guna air paip hingga bijian sagu mata ikan sejuk. Toskan lagi sekali, lepas tu simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti ais sehingga digunakan. Jika sagu mata ikan melekat dan berketul, rendam seketika dalam air bersih dan kacau hingga ianya tidak berketul. Boleh juga guna tangan untuk meleraikan ketulan sagu mata ikan ni. Jika ikut step yang daku share ni, hasil sagu mata ikan yang direbus tu memang elok bulatnya dan tidak hancur. Sekian.

30 ulasan:

  1. WAH BEGITU CARANYA YA...KAK NAK KONGSI SATU CARA AGAR SAGU NI ELOK MASAKNYA IAITU DGN MEMBASUH TERLEBIH DULU DGN AIR SEBELUM DIMASUKAN DLM AIR PANAS...HEH..HEH.. ITU JER YG KAK TAHU SUE..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aahh..PI,.mmg bagus jugak cara tu.

      Padam
  2. Tq kak, wawa tk pernah tahu cara masak sagu sblm ni.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambah ilmu pengetahuan dik. Ikut mcm akak PI buat ,komen atas tu pon boleh jugak..

      Padam
  3. Tak pernah tahu sebab tak pernah buat.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. gitu, aiza? takpa sekarang ni dah tahu, boleh la try buat

      Padam
  4. OOo gitu kekdahnya...thanks 4 sharing tau..nanti nak cuba..=D

    BalasPadam
  5. ho..ho.. ini ke sagu mata ikan...

    buat serawa ubi kayu best juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp..penambah selera ke dalam masakan

      Padam
  6. Selalu terus masuk dalam masakan jer.. Nanti boleh guna kaedah ini pula.. Tq

    BalasPadam
  7. kadang2 tu kalau buat pengat selalu biji sagu ni tak masak betol2 nanti keras kat tengah2 tak syok nak makan...lain kali bole cuba cara yg SB tunjuk ni...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tgk masih mentah dalam rasa mcm tgk real telur katak dalam bubur,kan..

      Padam
  8. hah betul tu kak linda..yan pun selalu buat pasti tak masak..masih ada putih2..tq sb kerna berkongsi ilmu :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan yan..kalau rebus duluan, dapat kita tgk samada btl2 dah masak ke belum sagu tu

      Padam
  9. baguslah info sue ni...kakak pun tak pernah mahir masak biji sagu ni...boleh kakak ikut idea sue ni,mudah bila nak masak nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good luck,kak. Cara ni diguna kalau kita tak pakai terus biji sagu ni.

      Padam
  10. Tips mudah dan simple, tapi menarik lah. Thanks for sharing :)

    Selamat Hari Raya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome .Selamat hari Raya, Ria.

      Padam
  11. woo begitu caranya..tq berkongsi tips SB..sy ni selalu fail gak la pasal tak tahu skill.huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ur welcome, PK. pasni boleh try buat,kan

      Padam
  12. SA dulu nak belajar buat kuih sagu mata ikan yg kaler merah tu..letak kelapa jugak kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kelapa parut.SB Tak tau apa nama kuih tu..

      Padam
  13. tapi kan sis macam pelik plk...aritu rebussagu elok je gemok2 n besar2... cantik je...kali ke 3 rebus jadi kecik2... kenape ea...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada check sukatan air rebusan tu tak? Pastikan air nya tu byk.

      Padam
    2. oooo..xpnh sukat airnye...ke sb air nye xmendidih...

      Padam
    3. Benda tu perlukan air byk pnas mendidih untuk mengembang. Harap nya lepas ni sis berjaya buat, k

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih