Double Cheese Omelette

Salam sejahtera. Sarapan pagi tadi request dari si Adik, double cheese omelette atau dipanggilnya sebagai telur lipat. Apa-apa saja la nama, janji ada cheese keping dan serbuk cheese. Sedap jugak ni.. daku guna periuk cap kucing non stick. Sapu saja minyak sikit sebab non stick pan daku ni warisan zaman purba kala..jadi tak la non stick sesangat..hehee!!..
Cer tengok lelehan cheese keping tu. Sekeping tu daku belah tiga jadi tak la lebar sangat lipatan telur tu. Jum tengok macamana kejadian double cheese omelette ni.
Cheese keping, telur gred A sebijik dan satu sudu makan cheese powder
Pukul telur dan layangkan secara rata dalam non stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu
Susun cheese keping, tabur sikit cheese powder kalau suka
Lipat kiri dan kanan telur tu
Dah lipat elok2, boleh la ditabur cheese powder atas nya.. Hidangkan panas-panas dan siap untuk di makan. Gi nguras pasar, telur Gred A udah abis oiii!!..pakey orang molah kuih raya.. lalalaa..Sekian.

14 ulasan:

  1. Sedap kan buat camni selalu saya tambah tomato dan daun bawang lagi yum.berganda....untuk anak2 buat camni ja tanpa sayo pon dah sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tkurang sayo omelette SB ni, Mal..hahahaa!!!..duluan bubuh mushroom, anak2 tak gemar.

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. perghh..meleleh cheese nya..

    BalasPadam
  4. leh cuba buka esok...ada keju mesti sedap :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau hidangan ada keju mesti sedap,yan..hehe..

      Padam
  5. perghh... bab-bab ada cheese ni memang terbaiklah.. ai is suka.. ;)

    BalasPadam
  6. sedappp nya kamek tgk Double Cheese Omelette ni suee... nanti mo cuba buat.. makan masa hari raya pun ok... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas raya jak polah iya..hahaa!!

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih