Ikan Tongkol Goreng


Salam sejahtera. Skema punya entry hari ni, ikan tongkol goreng katanya. Ni bukan nak tunjuk cara goreng ikan tapi daku nak share sikit hal ikan tongkol ni. Anda tentu tahu ikan tongkol ni ada 2 jenis,kan. Satu tongkol putih dan satu tongkol hitam. Yang model ikan dalam pinggan tu ialah dari jenis ikan tongkol putih. Apa beza antara tongkol hitam dan tongkol putih? Punya la senang jawapannya, adik tadika pun pandai jawap..hahaaa!!..tongkol hitam kalernya hitam, tongkol putih kalernya putih. Lagi satu perbezaan ketara antara dua spesis ni ialah bentuk badannya. Ikan tongkol hitam nampak lebih membulat badannya dan pendek. Ikan tongkol putih memanjang sedikit dan sedikit tirus.
Kepala ikan tongkol putih masak kari asam pedas
Isi ikan tongkol hitam ni rasa dia agak tak berapa sedap kalau digoreng sebab agak keras dan kekadang ada rasa gatal bila kita makan. Ianya bertekstur kasar gitu dan baunya lebih hanyir. Kalau isi ikan tongkol putih, rasa nya lebih sedap dan lembut. Warna isinya pon lebih cerah dan kalau masak kari lagi sedap. Kesimpulannya, daku lebih suka ikan tongkol putih..hehee!!.. Diharap sedikit info ni dapat membantu anda dalam mengenali lebih dekat tentang ikan tongkol ni.

Daku masak kari asam pedas dan campur dengan kacang bendi. Bagi kuah pekat-pekat, masam, pedas menyengat..tak cukup dengan serbuk cili, daku taruk lagi pes cili dan cili kisar. Berasap telinga makan lepas tu. Sekian.