Kuih Talam Pandan

Salam sejahtera. Hari tu daku buat kuih pelita, saiz nya kecil, guna acuan 5 inci saja. Tapi kali ni, daku buat guna loyang 8 inci kuih Talam Pandan. Kira besar jugak ni.. daku tak pakai resepi kuih pelita ni. Saja nak cuba resepi lain..apa yang daku merepek ni?..adehhh!!.. jum tengok resepinya..


2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 cawan gula
2 kotak santan
2 cawan air
¼ sudu teh garam
1 sudu makan pes pandan koepoe-koepoe

Cara buat
Campurkan semua bahan di atas, gaul sebati hingga tepung tidak berbiji-biji. Kacau hingga rata. Tapis adunan. Sapu minyak dalam loyang saiz 8 inci. Tuang adunan tadi dan kukus selama 2 jam. Tutup loyang guna foil supaya air kukusan tidak menitik atas kuih.
Kuih paling mudah nak buat ni dik..tapi part kacau-kacau tepung tu kena bersabar dan amik masa sebab tepung lambat nak bergaul sebati dengan air..bergentel-gentel jadinya. So kena tapis jugak lah nampak gayanya. Sekian dan selamat mencuba.
JANA PENDAPATAN LUMAYAN SECARA ONLINE DISINI

18 ulasan:

  1. anak2 ,dan suami kakak suka kuih kukus2 ni sue...kalau kakak rajin nanti nak buatlah ikut resepi sue ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haruslah dicuba resepi tu,kak SI..senang2 sgt

      Padam
  2. KESUKAAN KAK NI SEDAP SGT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simple tapi sedap,PI..SB ni apa apa kuih talam pon semua suka..

      Padam
  3. kak mintk skit..nak buat buka puasa..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lambat lagi nak buka posa ni NN..akak bagi resepinya saja..hihi

      Padam
  4. sedap kueh ni sb...bau pandan tu harum...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lembut,harum,lemak,manis kan yan..

      Padam
  5. tak pernah buat tapi nampak cam sedap dan senang nak buat...tq SB kasi resepi nanti saya nak try buat :)

    BalasPadam
  6. suka kuih talam..sedapnya..cam ni puas makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup,nohas. Loyang 8 inci mmg besar dan dah potong2 tu byk hasilnya

      Padam
  7. keopoe keopoe tu apa benda SB..menarik ni sy suka resepi guna cawan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu brand pes pandan dari Indonesia,PK. Terdapat dlm botol 30ml dan 60ml. Tiap kali ada resepi guna pes pandan, brand ni lah yg mmg SB pakai..sedap

      Padam
  8. nampak senang. tapi nak buatnya susah. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dik, kuih ni la paling mudah nak buat. Cuma kena cari masa yg mencukupi sbb mengukus tu agak lama sikit

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih