Kulat sawit sedap

Salam sejahtera. Ni nak kongsi gambar kulat. Bukan kulat sebarang kulat, kulat tumbuh kat tandan sawit. Generasi baru ntah kenal ke apa tandan sawit.?. Ahkak ni dari zaman purba, memang cukup gemar makan kulat sawit cuma zaman sekarang ni agak payah sikit cari benda ni.  Kalau yang tinggal berdekatan atau dalam kebun sawit untung la korang. Time sejuk-sejuk, hujan sikit akan tumbuh la kulat sawit ni,kan. Daku masa kecik2 ibu jari dulu selalu ikut mak masuk ladang sawit,..sambil kumpul biji sawit sambil tu jugak la ambil kulat sawit. Bawa balik buat hidangan. Merasa jugak la kesusahan mak bapak daku cari rezeki dulu. Cik adik sekarang,. cakap je nak makan apa, main tunjuk kompom la dapat.  Bila fikirkan balik kenangan daku budak2 dulu, memang banyak jugak pengalaman manis pahit macam mana nak menghidupkan diri dan kini sebagai satu landasan dan sempadan dalam hidup yang makin senja ni. Ingat asal usul, jangan mudah lupa diri dan riak, bila dilanda kesusahan sikit jangan mudah melatah dan menganggap itu satu musibah rasa dunia nak kiamat dah . Sekian. (Apsal entry daku kali ni semacam jek ekk?) Kompius kejap.
JANA PENDAPATAN LUMAYAN SECARA ONLINE DISINI

18 ulasan:

  1. Sedap ni...masak lemak cili api....uiii...mcm cendawan busut jgk kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat busut sama sedap, cuma ada bermusim kekadang. Kulat sawit ni tumbuh bila ada tandan buruk

      Padam
  2. kulat gini mmg banyak tumbuh dlm kebun sawit kalau ada hujan n petir...sedap dimasak apa saja ni.

    BalasPadam
  3. cendawan busut ke ni sue....memang sedap sangat masak apa pun .Sekarang ni susah nak dapat ,tapi kat kebun2 kelapa sawit memang selalu ada jika lepas hujan .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulat sawit,SI..cendawan busut tumbuh atas tanah dan kulat sawit tumbuh kluar dari tandan sawit buruk.kedua2 mmg sedap

      Padam
  4. kulat sawit tak pernah makan, tapi cendawan kukur pernah rasa, lebih kurang sama, tumbuh atas batang pokok, cuma cendawan ni kecik sikit...

    generasi sekarang manja sikit kann..esp yg duduk kt bandar..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duluan kekadang nak kna panjat dahan lagi sbb nak amik ni

      Padam
  5. cam sedap je mesti manis kalau ditumis....betol tu SB bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis yg original. Gitulah kisahnya..sedikit saja tu utk dikongsi bersama. Kalau share semua,mmg tak cukup mukasurat,Mal

      Padam
  6. kulat sawit dekat tempat yan dah tak berani nak makan...sebab ada kes keracunan tempohari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya keracunan kulat sawit terjadi jika kawasan tu baru saja disembur dgn racun serangga perosak ataupun racun kulat pokok..

      Padam
  7. Kulat kelapa sawit ni klu di sabah kami panggil andap. Musim hujan sejuk2 mmg byk tumbuh ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu panggilan nya kat sabah rupanya..nice info,Mia. Mcm cendawan busut, kalau kat swak kami panggil kulat tahun

      Padam
    2. o ya ka.. saya pn org sabah tp xtau nama tu. sbh sblh mna? kulat ni mmg favorite sepanjang zaman saya ni masa posting d swak, bakong, Miri 2010.. mcm hari2 ja beli. Skg posting d kinabatangan, ada juga kulat ni tp mahal sikit. tp beli ja sb suka yg sangat2😂

      Padam
  8. faveret sy ni, sedapnyaa. Hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih