Roti Gulung Seri kaya

bread maker,dough
Hasil yang tak berapa nak banggakan sangat
Hasil selepas beberapa kali menggulung roti,takda yang terburai
Salam sejahtera. Mood nak meroti kembali lagi. Roti gulung yang tak bergulung sangat tapi gebus tak perlu nak cakap. Daku guna bread maker untuk uli doh. Kalau tak da bread maker, uli guna tangan pun boleh. Hasilnya tetap sedap. Untuk resepi doh, daku tak ingat mana cedok..minta tolong sapa-sapa punya resepi ni, kasi tau kat I. Dah lama jugak resepi doh gebus ni disimpan, menanti masa untuk digunakan saja lagi.

Ilmu menggulung roti belum cukup, dik..abaikan gulungan yang hampir terburai tu..hahahaa!!.. Jum tengok resepinya..


250 gm tepung berprotien tinggi
3 ½ sudu makan gula
½ sudu teh garam
1 sudu makan susu tepung
1 biji telur gred A
6gm yis mauripan
20gm shortening
125ml air
Serikaya untuk sapuan/inti

1.       Masukkan air, telur, shortening, tepung roti, gula, susu tepung, yis (letak tengah2 bread pan) dan garam (di sudut bread pan, jauhkan sikit dari yis).
2.       Tekan menu, pilih mode “dough”. Ia akan uli dan rest kan doh secara automatic selama 1½ jam.
3.       Bila dan selesai, keluarkan doh, canai dan ratakan serikaya atas permukaannya.
4.       Gulung dan potong.
5.       Letak dalam loyang yang dah disapu mentega sikit.
6.       Bakar ikut kesesuaian oven masing-masing.
JANA PENDAPATAN LUMAYAN SECARA ONLINE DISINI

14 ulasan:

  1. adoi sedapnya SB...sy takda breead maker tu yg malas nak meroti..uli2 ni sakit tangan.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uli doh bagus utk senaman tangan dan bahu,PK..hihi

      Padam
  2. roti buatan sendiri mmg sedap beza sgt yg dibeli tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul PI..kebersihan pon kita boleh jaga sendiri

      Padam
  3. saya pun dah lama tak meroti nie...rasa teringin plak nak makan roti...
    follow blog sy juga ye...http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com...boleh kita bertukar2 idea dan resepi...tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq,dik. Nanti SB folo blog,ya..

      Padam
  4. Saya tak pernah buat roti sendiri SB tapi dulu pernah belajar buat roti sekali dgn guru kemas cuma terpaksa belajar separuh jalan bila anak saya nanggis tak henti2 :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waduhh..separuh jalan lagi nak abis..takpa Mal..lain kali mesti dapat full class gitu.agaknya anak Mal takut tgk org time tu,kan

      Padam
  5. perrgggghhhhh ... sedap tu kak ... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp, Lieya..cicah ngan kopi panas lagi

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih