Awas!..Simptom TTMA

Salam sejahtera. TTMA? Apa? Kenapa? Siapa? Bila? Persoalan mula timbul tentang simptom TTMA. Kepada surirumah 24-7-365 hari, TTMA ni melanda tanpa anda sedari. Tanda-tanda awal simptom TTMA ni adalah seperti berikut:- Anda akan tenung pada sesuatu bahan utama masakan lama-lama tanpa berkelip mata sesaat pun. Kemudian secara automatik tangan akan mula menggaru kepala yang tidak gatal. Akhir sekali, soalan cepu emas akan terkeluar sama ada dalam kotak fikiran atau mulut.." TAK TAU MASAK APA" .. Jangan gelak,dik non!.. daku pon terkena juga simptom TTMA ni bila cik ahkak bagi daun sayur macam dalam foto. Hadoiyaiii..kes parah dah ni.ahakkkss!! Ntah apa nama sayur tu,daku pon tak tahu dan TAK TAU MASAK APA. Anda  tau nak masak apa hari ni? Jangan TTMA macam daku..abes idea. Sekian

18 ulasan:

  1. buat stir fry Chinese style, tak pon buat kerabu..err..sayur apa tu..mcm rangup je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun nya agak tebal. Yupp..stir fry mungkin sesuai,kan

      Padam
  2. suspen je sb ni..yan ingat virus baru tadi...

    memang kadang2 yan begitu juga kering idea nak masak apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usah risau,yan.ni bukan virus. Biasa terjadi pada semua orang :)

      Padam
  3. Hahaha beriye baca entri Sue Bee ni..
    Nak tahu apa itu TTMA..
    Pandai juga sue bee buat lawak ye :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab nak apa tu yang fenin,CH. Kekadang rasa seperti baru belajar nak masak pon ada padahal hari2 masak kat rumah

      Padam
  4. La... kakak baru dok ingat kakak ni dah ketinggalan tak tahu ada penyakit baru. Baru nak baca apa simptom dia terus tersenyum sendiri.

    Bentuk macam daun kaduk. Kalau betul daun kaduk kakak suka masak lemak ikan yg pedas sikit campurkan aje daun ini. Tapi kalau daun lain kakak tak tahulah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee..maaf,ya kak. Kita saja nak gurau. SB mmg tak tau org gelar apa sayur daun ni. Sbb tu lah kes TTMA jadi isu.

      Padam
  5. Ialah sue suspen je kakak baca,penyakit apalh melanda..rupanya terkena juga..
    Daun apa tu sue,..macam daun sireh je bentuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, penah tak kena ada simptom TTMA ni?. Kak SI kt mcm daun sireh,..mmg betul hampir serupa cuma ianya agak tebal dan hijau tua warnanya

      Padam
  6. Ialah sue suspen je kakak baca,penyakit apalh melanda..rupanya terkena juga..
    Daun apa tu sue,..macam daun sireh je bentuknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf kak yer..kita memain saja :) TAk tau apakah nama daun sayur ni. Dorang cakap selamat untuk dimakan...SB mengiya saja laaa..hihi

      Padam
  7. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, anum..busy tu biasa lah kan..rajin anum jenguk blog SB ni

      Padam
  8. Hahaha....sy pon selalu kene jangkitan virus tu SB daun ape tu cam daun kadok je rupenye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Situasi biasa kan, Mal.. TTMA datang tak kira masa. SB tak tau apa nama daun ni. Kalo org ckp selamat dan sedap untuk dimakan, ON saja laa.

      Padam
  9. haha...sindrom TTMA mmg selalu kena.....pening pikir weyh......
    Daun apakah itu SB...Ulam ke apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAn OKJE. Fenin kepala pikir TTMA. Daun tu kan..SB tak tau la..taunya masak dan makan..hihi

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih