Chocolate Cheese Tart

Salam sejahtera. Hilang kejap idea nak menaip entry. Chocolate Cheese Tart ni daku buat 2-3 hari lepas. Hari ni baru ada kesempatan nak upload. Nampak sedap dan MEMANG sedap. Cukup sedap pada tekak daku yang memang gemarkan coklat dan cheese. Untuk resepi kulit tart coklat atau shell ni, kita tengok bahan-bahan nya dulu.

180gm mentega
100gm gula perang
2 biji kuning telur
280gm tepung gandum
40gm serbuk koko

Cara buat:
Pukul mentega, gula dan kuning telur guna pemukul tangan sekejap saja. Bila dah sebati masukkan tepung gandum bersama serbuk koko. Uli sebati hingga jadi doh dan tekan ke dalam acuan tart. Bakar pada suhu 120C selama 20 minit atau bergantung pada suhu ketuhar masing-masing.

Ini kulit tart yang dah disejukkan atas redai kek. Rangup sesangat
Untuk resepi inti cheese yang gebu dan sedap, daku sertakan seperti kat bawah. Untuk memastikan kegebuan intinya, sila guna telur yang disimpan dalam peti sejuk sebelum digunakan. Krim cheese pulak gunakan selepas 40 minit dikluarkan dari peti sejuk.
250gm krim cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur
Pukul semua bahan ni hingga kembang dan berkrim. Untuk memudahkan kerja memaip inti, guna piping bag.

Potong muncung piping bag lebih kurang 3-4 mm saja

Yang gambar chocolate cheese tart belum dibakar, dik non!


28 ulasan:

  1. kikiki....baru berangan nak buat cheese tart tetiba SB up n3 pasal ni pulak....yg coklat ni nampak lagi mengoda la SB...nampak cam bahan2 sume dah ada ni cuma angin MMM je yg takde...hahaha...SB pos skit angin MMM tu ke melaka bole tak? ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah post dah angin MMM tu ,Mal tapi sangkut dalam jerebu..hihiii!!..

      Padam
  2. Balasan
    1. Ye NN..amik la seketui atas nu

      Padam
  3. Balasan
    1. Kaler coklat sbb ada serbuk koko :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Kita duk minum kopi secawan saja,PW. :)

      Padam
  5. CHEESTART PERASA COKLAT KAK SUKA NI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kulit tart rasa coklat kuat dan tak manis sgt..mmg sedap

      Padam
  6. Cantiknya kulit tart tu, SB :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu FMF.try buat ikut resepi tu,tak rugi cuba

      Padam
  7. Menarik betullah kalau SB yg buat
    tengok pun tahu sedap:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila angin rajin dtg ni,kak..segalanya tampak sempurna

      Padam
  8. cantik kejadian nya...nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,DR.terima sebb jenguk blog ahkak yg tak berapa kebabom ni..nnt kita jenguk blog adik,k

      Padam
  9. Kagum kita dengan awak SB..... pandai buat kuih, pandai cari duit..... semua resepi dalam kepala. Mak jugak pemalas hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq OKje..part buat kuih boleh la diterima tapi yg cari duit tu..kihkihkih...tada la sangat. SB ni 'buang' duit mmg pakar.

      Padam
  10. Tgok ja dh sedap..belum rasa..tp tart memang sedap la..filling cheese plak tu..coklat lg..aduhai jejes air liur

    BalasPadam
  11. Hai sb...apa khabar..lama menyepi...harap sb sihat2 aje..rindu nak membaca celoteh sb tentang masakan. Take care sb

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kabar baik,yan. Baru ternampak komen yan kat sini. SB belum ada kekuatan nak berblogging balik ni.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih