Kek Lapis Horlicks choc chips

Salam sejahtera. Seminggu tak keluar entry, takda sapa pon perasan. Ni nak share resepi kek lapis horlicks mudah, senang main campak-campak..resepi biasa saja sebenarnya. Takda la grand sangat. Kek lapis horlicks simple ni guna loyang 6 inci ya dik non.

225g mentega
100g gula halus
1 sudu mkn ovalette
5 biji telur gred A
85g serikaya
125g susu pekat manis
100g horlicks
1 sudu teh esen vanila
175g tepung kek

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga berkrim.
2. Masukkan telur satu satu sambil terus dipukul perlahan.
3. Masukkan bahan-bahan ikut turutan diatas (selepas telur). :)
5. Lapik loyang dengan baking paper dan lenserkan sikit pafa dasarnya.
6. Bakar selapis-selapis, tabur choc chip (sukahati). Kalau nak plain, abaikan penggunaan choc chip.

Kek lapis horlicks yang daku buat ni ada guna choc chips tapi tak banyak. Merata saja taburannya, sungguh tak BERSENI LANGSUNG...hahaaa..gelak ramai ramai!!. Lepas ni ntah ka daku menghilang lagi (mungkin dengan blognya sekali). Sekian.

20 ulasan:

  1. Janji sedap SB...SA langsung x reti buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa tu SA..penat jugak melapis ni

      Padam
  2. mmg perasan sue xupdate blog...oklh tu rihat sebentar cari ilham blogging...kek lapis yg cantik mesti sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitula PI..macam mana yg up entry hingga 4-5 post sehari..dari mana dorang dpt idea?

      Padam
  3. Tapi kalau ikut mata kakak dah cantik sangat tu SB
    Sebab kalau banyak sangat chipnya layer dia pun kurang jelas.
    macam ini kakak dah suka:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kak Zakie..chip tu merata taburannya. Betul jugak kan kalau byk sgt dot hitam, lapisan nya nnt tak terserlah

      Padam
  4. sedapnye kek lapis cuma takde kerajinan je nak buat SB...dasar pemalas saya ni....kikiki...perasan je SB tak update blog sebab hari2 pon sy mesti skodeng sini...berehat je tau jgn nak benti menulis pulak babab nanti :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. BABAB...hahaa!!lama oii tak dengar perkataan ni. Cuti sekian sekian saja Mal. Syg jugak kalau nak delete vlog ni.

      Padam
  5. sb nape....x sihat or tak ada idea
    .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB sihat wlalfiat,yan. Foto makanan dan idea punya la byk dlm simpanan..ntah la kenapa lemau tahap dewa nih dtg.

      Padam
  6. Sedapnya..jgnlh trus mnghilang,bnyk akak bljr dri blog sue ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam SI.. hilang kejap pastu timbul balik..Kita share apa yg patut,sama-sama dlm proses belajar gak ni.

      Padam
  7. jgnlah hilangkan diri dgn blog ni, MH370 pun dah jumpa...hehe..

    tak pernah lagi makan kek horlick, mesti lemak berkrim disukai ramai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB masih ada lagi ni,Nohas. Cuba buat sebijik..mmg sedap woo. Imagine kan gabungan horlicks, susu,sekaya ..mmg mantap

      Padam
  8. Rajinnya, SB! Kek lapis Horlicks memang sedap. Suka rasa lemak & malt nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin masak sbb rajin MAKAN ni ,FM. hihihii..kna kuat semangat nak melapis kala rasa lemau melanda

      Padam
  9. hallooo sueee..lama kamek tak blogging...hehe.. rindduu kitak...
    hubby rajin beli kek lapis Sarawak lately ni sue... dpt lah kamek merasa..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaallllooo...lamak sik diat entry Atie. Dah coba kek hati parik n kek belacan??..nyaman wooo..

      Padam
  10. xper mak, blog bukanlah hakmilik kekal., kihkih2

    sedap kek lapis sarawak mak ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blogspot hak milik pakcik google,lalat.. kita pinjam kejap,esok lusa tulat pulangkan balik,ye dakk..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih