Pisang Goreng sedap dan rangup


Salam sejahtera. Hujung minggu menjenguk kembali. Tapi ini bukan maknanya daku gantung periuk belanga kasi cuti,okayy..hahaa!!. Mimpi kau nak coti wahai kuali..kejap lagi daku main ketuk ketuk sama kau. Ni daku nak kongsi resepi pisang goreng rangup paling mudah tanpa telur. Senang je dik non. Jum try buat satu untuk incik somi..kompom dia cakap sedap.

100g:m tepung gandum
1 sudu makan baking powder
½ sudu teh garam
150ml air
Sedikit pewarna kuning dan esen pisang
6-7 biji Pisang
Minyak untuk menggoreng
1.       Satukan tepung gandum, baking powder, garam, air, pewarna kuning dan esen pisang.
2.       Kacau hingga adunan tidak berketul-ketul. Jika terdapat bubble keluar dari adunan, itu normal sebab tindak balas baking powder terhadap cecair.
3.       Belah 2 pisang dan celup ke dalam adunan.
4.       Goreng dalam minyak yang cukup panas hingga garing dan warna keemasan.
5.       Angkat dan toskan minyak.