Popia Udang

Salam sejahtera. Selamat Hari Isnin semuanya. Monday blues tek kunun, jangan malas2 gi kerja. Ngerepak cik ahkak pepagi..hihi. Ni kali daku nak share resepi inti popia udang dengan anda semua.. projek membelai bijik mata katanya tapi bila dah goreng, makan tak hengat dunia awak. Memang uji sabar bab lipat popia ni. Kena buat satu-satu, dengan saiz kulit popia yang kecik, guna hujung jari kalau nak gulung. Senang saja buat inti popia udang ni. Jum tengok apa yang patut.

1 cawan udang kering
1 cawan kelapa parut kering
1 sudu makan serbuk cili

Campur semua bahan ni pastu kisar halus-halus.  Abaikan garam kerana udang kering dah cukup masin. Sila guna pengisar biji kopi, sebab bahan2 ni kering dan jangan campur air. Kalau pengisar kopi tak muat, bahagikan kepada 3 atau 2 bahagian. Inti yang dah siap kisar, boleh lah dibubuh dalam kulit popia dan lipat. Untuk sukatan bahan inti ni ianya memerlukan 2-3 bungkus popia bersaiz kecil dan potong kepada 4 bahagian..banyak hasilnya tu. Selamat mencuba dan sekian.

21 ulasan:

  1. nak membungkus tu adalah agak mencabar jugak ni tapi teringin nak buat jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali menguji kesabaran ni, Ann. Tak pa lah kan

      Padam
  2. Memg mncabar bab mmbungkus tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan Asha. Kena kuat semangat..hihi

      Padam
  3. Tangan SB dan expert tu walau mencabar tapi kakak tengok cantik dan menarik.
    Size semua sama panjang. Ini kalau diberi sepiring sekejap aje licin:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena maintain panjang popia supaya sama tu satu hal lagi,kak Zakie..mmg mencabar.

      Padam
  4. Kakak ni suka mkn je, nk mmbuatnya dh xlarat nk mnghadap lma2 ...cantek popia yg sue buat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mmg tak larat nak menghadap sejam berterusan bila nak melipat popia. mahu tidak pekena kopi kejap ke, gi buat benda2 lain lagi agar tak mengantuk dan sakit belakang

      Padam
  5. Kakak ni suka mkn je, nk mmbuatnya dh xlarat nk mnghadap lma2 ...cantek popia yg sue buat tu

    BalasPadam
  6. Sedapnya....resepi pun mudah jerk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi inti paling simple yang sebenar lagi sedap, RH.. betul tak?..hihi

      Padam
  7. sedapnya krup krup ngunyahnya lupa semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni la SB kena sedia sebalang sorang untuk kat rumah. dalam rumah ada 5 orang, means 5 balang, paling kurang pon sebalang berat setengah kilo..bhahaaa!!.. pengsan mak!..

      Padam
  8. Rajinnye SB ni kemas pulak tu melipat popia homel2 ni....popia ni nak beli mahal kan makan sekejap je licin....hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dpt nak nafikan harga popia kecik cenggini rega kemain,Mal. Bila SB buat sendiri, lagi berbaloi. Tengah menggoreng pon berbiji-biji dah dikunyah.

      Padam
  9. sedap ni, buat kudapan...non-stop makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sedia popia dalam balang 10 kilo atas meja depan TV..puas hati SB..hihiii!!..

      Padam
  10. nak cuba lah ..tak pernah tau buat intinya semudah abc

    BalasPadam
    Balasan
    1. KAn, Yan..memang senang sgt buat inti..tak perlu kisar rempah bagai.yg penting ada udang kering dan kelapa parut kering

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih