Ingatkan susah sangat..

Salam sejahtera. Kembali bersiaran, kali ni SB try buat sendiri kembung masin. Punya lah senang, dik non. Ingatkan susah sangat. Memula tu kena beli ikan kembung yang benar-benar fresh. Buang semua isi perut dan insang ikan tu. Cuci dan tos kering. SB lap kering ikan tu guna kitchen towel..ni kes tak sabar nak testing kemahiran katanya..haahaa!!! Lepas tu boleh lumur ikan dengan GARAM KASAR. Ni pon kena agak-agak ,jangan terkurang garam, dik non.. kang tak menjadi ikan masin tu. Sumbat bahagian perut tu dengan garam jugak. Lepas tu boleh lah disimpan dalam bekas dan perap dalam peti sejuk selama 3-4 hari. Bila nak goreng tu, cuci sekali lagi, buang garam dalam perut ikan dan toskan. Dah boleh buat lauk bila time sengkek..kihkihkih!!. Ikan masin buatan sendiri memang lah terjamin kebersihan dan selamat untuk dimakan tapi jangan amalkan selalu. Tak pasal nanti hypertension pulak hinggap kat badan. Selamat mencuba dan sekian.

35 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hi, NN. Ikan kembung masin fresh, sapa2 pon kompom pass buat nih..hahaa!!..

      Padam
  2. hahhaha..time sengkek jak kah boleh makan sueee... haha..
    ohh mak kamek buat mcm tu, tapi lepas letak garam semua tu dia jemur hingga kering, sik simpan dalam esbok... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sengkek tak sengkek,anytime boleh teman,Atie. Nok polah SB tok versi basah. Mun jemur terus boleh juak tapi mok dijaga juak takut cik lalat gi hinggap.

      Padam
  3. Kakak pun nk cuba lh buat sendiri ikan masin cara begini...mudahnya.Tak payah masa sengkek ,hari2 biasa pun sedap ni kalau makan dengan nasi panas...tak toleh2 belakang lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa,kak SI. Bertambah nasik pulak jadinya..

      Padam
  4. Ohh mudah rupanya..sy ingat kena jemur bagai..sebelum ni tak tahu..pernah buat jemur takda tempat smp berula ikan masin sy.hahaha..klu tau camni memang dh lama buat..tq SB for sharing.nti bebila time sengkek boleh la buat stok.hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,PK.. kan mudah tu, simpan ja dlm esbok. Kalo nak jemur, kna jaga selalu jenguk2. Selamat mencuba

      Padam
  5. kalau kat tempat saya ikan camni tak di panggil ikan masin SB tapi 'ikan bergaram' ikan masin tu ikan yg di jemur sampai kering kat luar....ikan camni kalau buat masak lemak cili padi pon sedap meletup tau tambah belimbing buluh...fuhhhh! makan tak hengat nanti...memang terbaekkkk...bak sekor SB dah meleleh ailio ...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu rupanya istilah 'ikan bergaram'. Bertambah jugak ilmu kita. Apapon, benda alah ni masak dgn lauk, mmg sedap. Sebut belimbing buluh, aiiyyaa, nak berbunyi pewut dah ni + leleh ailio SB, Mal.

      Padam
    2. adeh kak malinda... saya kecur ailio terus baca komen akak ni... haih! terbayang2 pulak kembung masin masak lemak cili padi + belimbing.... peeergghhhh.... sedapnya kak...

      Padam
    3. tu la semua gara-gara komen Mal..heheheee..

      Padam
  6. sedap ni..homemade ikan masin, makan tanpa was-was..dijamin bersih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersih dan terjamin halal ,kan Nohas. Kalo buatan kilang mmg kita tak tau tahap kebersihannya mcm mana.

      Padam
    2. betul... setuju... buat sendiri mmg terjamin kebersihannya...

      Padam
    3. mudah sebenarnya nak simpan lagi, kompom takda cik lalat hinggap :)

      Padam
  7. HMM SEDAP NI TQ BERKONGSI ILMU SUE...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ahaa..classmate daku kembali berblogging. Elo..dok nyam kinan baan nasek wooo..hihii!! keluar Bahasa alien pulak dah.

      Padam
  9. hai sue apa khabar...singgah jup mlm ni :-))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Yan . Kita sihat saja..tq sbb masih jenguk blog kita

      Padam
  10. wow.. kreatif dan inovatif..nti nak try jugak la..hihi..thanks sudi sharing info..btw, done follow #566

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq,dik sbb sudi gak jadi follower blog ahkak yang tak seberapa ni

      Padam
  11. Okje suka makan ikan masin ni....tp tak pernahlah teringin nak buat sendiri....hihi
    Habis tu ikan masin ni tak yah jemur yer SB....
    Kira mcm jeruklah ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Okje..ni ikan masin basah gitew.tak perlu jemur..sedap goreng cicah limau nipis

      Padam
  12. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih