Kek Batik

Hi, salam sejahtera. Skema nya tajuk entry SB iaitu kek batik paling mudah dan senang nak  buat. Kali ni SB bukan nak share kedekut resepi. Resepinya memang melambak dalam tenet, pilih mana satu berkenan di hati,dik non. SB cuma nak share kedekut lagi cara mudah mana nak letak adunan kek batik marie supaya senang nak dikeluarkan dari acuan. Mana yang pertama kali buat kek batik,  ikut tips mudah cik Ah Kak SB ni. Kompom tak nyesal tau.  Mana yang dah pass gred tertinggi tu, abaikan saja..heheheee!!!.. Korang kan pro.
Nampak tu, SB alas loyang guna aluminium foil. Pastikan potong foil tu lebih besar dari loyang dan lebihan tu lipat keluar. Jangan nak kedekut lagiikkk dengan penggunaan foil tu. Ini lebih baik dari guna cling wrap. Tuang adunan kek batik yang betul2 dah pekat ke dalamnya dan hentak-hentak sikit atau henyak guna belakang sudip. Lepas tu simpan dalam peti sejuk.
Taadaaaa... Kek batik yang dah keras dalam peti sejuk dengan mudah dikeluarkan dari loyang. Tak perlu sudu atau senduk. Sekian.


12 ulasan:

  1. terus rasa macam nak buat...")

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI PW..ni la antara kek paling senang nak buat,kan

      Padam
  2. Idea terbaiklah SB guna aluminium foil macam ini
    Cantik dan kemas pun juga kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Kak.. lagi senang keluar kan dari loyang dan potong.

      Padam
  3. nti nk buat la SB..dh lama tak buat kek batik..biasa guna plastik je alas.bagus jugak ye pakai aluminium foil..nice tips.

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI PK. Guna foil lagi bagus tu. Sebelum ni SB penah gak guna plastik, tapi rasa macam tak selamat je makan. Yelah kan time adunan tu panas2 kita dah curah atas plastik.

      Padam
  4. Terima kasih sue bagi tips .Nampak cantik bila dah dibeku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome Kak. Lama jugak nak tunggu kek ni beku..hihii..ada lah dalam 5 jam gitu

      Padam
  5. terbaik lah SB, selalu daku buat main surah je dalam loyang. lepas tu susah nak potong huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI Ann.. SB dulu pon penah gak main curah saja dalam loyang tanpa alas. sudahnya kena korek dengan sudu kalo nak makan..

      Padam
  6. feberet anak2 saya ni SB...kalau buat gini selain senang nak keluarkan dari acuan...bekas loyang tu pon senang jelah nak cuci kan...good sharing SB :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Mal. Kan main angkat pastu potong saja. Sekarang ni banyak sangat versi kek batik. Macam yang kat atas tu, SB guna coklat cadbury dan milo.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih