Ikan Dori, Si Ikan Bajet


 Salam sejahtera. Nak kongsi alkisah ikan bajet (ikan fresh harganya sekian) yang dijadikan sebagai lauk sedap dan simple. SB skodeng esbok, terjumpa sekeping isi ikan dori, lebihan buat fish n chips katanya. Otak ligat pikir nak masak apa dengan isi ikan nan sekeping ni. Nak masak apa pon lantaklah..breaking all the rules..kuikuikuii!!.. Menyampah ko dik Non?!.
 Nah, asam kari pedas ikan dori tambah sayur kacang panjang sikit. Walaupon tak sesedap ikan segar tangkapan laut ke sungai, janji kunyah, telan dan hadam. Perut kenyang hati senang, tak tercekik tulang. Jum tengok apa yang patut di tambah ke dalam asam kari pedas ikan dori, si ikan bajet.

1 keping isi ikan dori, potong
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
3 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan serbuk cili ( kasi pedas sama dia)
1 sudu teh halba
Minyak sedikit
Sayur rampai (apa apa saja seperti tomato ke, kacang bendi, kacang panjang pon ok, terung)
1 sudu teh pes asam jawa Adabi

1. Serbuk kari ikan dan serbuk cili di tambah sedikit air bagi menghasilkan pes.
2. Bawang besar, bawang putih dan bawang merah dikisar halus.
3. Panaskan minyak, masukkan biji halba dan terus masukkan bawang kisar. Kacau hingga naik bau.
4. Masukkan pes kari dan gaul, biar seketika hingga pecah minya.
5. Masukkan sayur rampai, kasi lembut seketika.
6. Masukkan potongan ikan dori tadi, gaul dan tambah sedikit air dan garam. Lepas tu masukkan pes asam jawa. Kuahnya haruslah pekat gitu. Agak2 dah meresap segala rasa tu, tutup api dan boleh dihidangkan.

Untuk mengelakkan potongan isi ikan hancur berkecai, dinasihatkan untuk tidak selalu mengacau masakan ni. Kalau dah tak nampak potongan ikan tu, kan nanti tak berselera la pulak orang nak makan..yee daakkk..hihiii.. Selamat mencuba dan sekian.

10 ulasan:

  1. Tak bertulang itulah yg senang nak makan SB
    Tapi kuah dia pun sedap ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi KakZakie. Betul tu, bebudak makan pon senang tak perlu risau tercekik tulang.

      Padam
  2. SB kita yg buat dia.asal masuk tekak kena selera sendiri sudah..bukan nk jamu org makan.kota sendiri jugak nk ngap.tp masakan ni memang rare la..tak pernah sy msk ikan dori.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu PK..tekak sendiri jugak yang telan,kan.

      Padam
  3. Hai sue bee..
    Rindu dengan entri Sue Bee..
    Boleh lah tu SB untuk layan tekak sendiri..
    Sedap gak kari ikan dori tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi..lama SB betapa ni. Kejap lagi hilang balik lah tu. btw, thanks sbb jenguk kat sini

      Padam
  4. Saya pun jenis tak kisah SB. Bedal je masak ikut suka haha...tp ikan dori ni sedap apa....Tak hancur pulak yer SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Okje. Dah namanya okjerr..kan senang kita pon tak pening kepala sebab masak simple pon senang nak diterima tekak

      Padam
  5. Boleh masak macam ni jugak ye...biasa masak macam tiga rasa tu dan hancur. Boleh try lps ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi,KC. tips nya mudah saja..masukkan ikan dori ni selepas sayur dimasukkan. Nak kacau adunan, guna sudu dan bukannya sudip. Selamat mencuba

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih