Keli Goreng sambal cili paling sedap..

Hi, Salam sejahtera. Ni menu lepas, baru nak up kat blog..ikan keli goreng sambil cili. Pedas meletop sebab SB guna cili kering dan pes cili Adabi. Mau tidaknya berhingus hidung lepas makan. Untuk buat sambal cili ni sangat-sangat mudah. Jadi kalau anda bukan pemakan ikan keli, boleh gantikan dengan ikan kegemaran sendiri.  Untuk sambal cili pula SB hanya perlukan..

1 biji labu bawang putih (kurang kan kalau tak suka rasa bawang putih)
3 ulas bawang merah
15-20 biji cili kering (buang biji)
1 sudu makan pes cili Adabi
Garam secukup rasa

Kesemua bahan tu, kisar kering, tak perlu bubuh air. Senang cerita, guna pengisar bijik kopi tu. Bila dah halus, goreng hingga wangi dan boleh lah letak kepingan ikan keli goreng. Letak garam secukup rasa. Dah siap.. Tak perlu rempah bagai. Mudah dan senang tu yang buat sedap..betul tak? Sekian.

6 ulasan:

  1. goreng kering..pedas meletup..buh kicap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Nohas.. yupp,lagi pedas lagi sedap

      Padam
  2. SB SUKA JUGA IKAN KELI YA SEDAP NI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, kak PI. Satu keluarga yang suka ikan ni..hihi

      Padam
  3. alahaii Sue sedappp nya lama dah tak makan keli ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, kak Noor. Kat Brunei mesti ada lauk macam ni,kan

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih