Bihun Goreng Cangkuk Manis

Salam sejahtera. Hari ni masak apa?. Jemu makan nasik berlauk, jum kita masak bihun goreng cangkuk manis yang simple tapi sedap. Tak banyak mana pon bahan yang diperlukan. Sayur cangkuk manis tu tak perlu la banyak mana, telur sebiji, bihun sebungkus pastu perasakan dengan garam. Yang penting sayur cangkuk manis tu kena ramas hingga hancur berderai baru cantik warna bihun tu nanti. Tak caya boleh cuba dik. Jangan guna pengisar sudah..hahahaaa!!.. Goreng macam biasa, panaskan minyak, pecah kan telur sebijik, gaul-gaul hingga tak berketul besar, masukkan bihun yang dah di rendam lembut dan akhir sekali masukkan cangkuk manis. Kalau kat Kuching ni, menu bihun goreng cangkuk manis agak famous gak di kedai-kedai makan. Lepas ni Cikahkak tak payah gi kedai, order bihun cangkuk manis..hahaaa!!.. sendiri buat pon boleh.  Sekian.

16 ulasan:

  1. wahh..sedapnya Suee..mo masak pun simple kan..campak2 siap.. dah lama atie tak makan saur cangkuk manis ni... di pasar pun jarang sudah jumpa bah...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Atie. Cangkuk manis goreng ngan telur saja pon sedapp

      Padam
  2. sedapnya sue menarik warna bihunnya...tapi daun cangkuk manis daun cekur manis kot di smnanjung la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cangkuk manis @ cekak manis, kak PI. Daun cekur tu lain

      Padam
  3. Camana ya rupa sayur cangkuk manis tu SB?
    Ke kat sem ni panggil nama lain...cantik gorengan bihun tu SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, PG. Cuba PG google imej sayur cekak manis.. Ianya berdahan dan daunnya kecil. Ada buah kecik di antara daun dan dahannya

      Padam
  4. Wah,cekur manis pun boleh masuk dalam bihun ya sue.Boleh cuba juga ni kalau ada cekur manis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekur manis tak sama dengan cangkuk manis, kak SI. Kalo kat semenanjung, org panggil cekak manis

      Padam
  5. what!!!??? wah!!! terkejut ni...hahaha...camne pulak rupe cangkuk manis ni SB...pestime dengo ni...O_O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Mal. Cuba google imej sayur cekak manis..bukan cekur manis,ya

      Padam
  6. Belum pernah mkn daun cangkok manis, dicampur bihun Sue bolehlah try nnt
    Biasa cangkok manis di tumis or msk lemak dgn labu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Kak Noor yang masak ni, lagi lah sedap. Memang biasanya kita jumpa sayur ni orang masak lemak, campur labu kuning atau tumis telur saja.

      Padam
  7. belum pernah makan lg..first time ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Nohas. Menu ni popular jugak kat Kuching. Sedap dan simple

      Padam
  8. tetiba rindu bihun goreng adik saya di kampung. bihun goreng ikan bilis.

    katanya, bahan tu main campak campak gitu jer...

    tapi sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, IM. kekadang bahan main campak betul cara, menghasilkan masakan sedap

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih