Cili Kisar

Salam sejahtera. Ni dah takda tajuk yang kebabom lagi? Cili kisar? Astaga...Gelak ramai-ramai. Bukan apa pon, dah resepi masakan mudah nama blog SB, iboh cari resepi ala-ala diva kat sini. Ni nak share gambar cili yang pernah SB tanam tahun lepas. Entri tanam cili pon masuk blog, dik Non..hahahaaa!!.. Punya la lebat buahnya. Dan entah kali ke berapa dah SB petik cili-cili ni, tak sangka menjadi jugak la pokok cili yang di tanam atas sekangkang kera.
Cili-cili I yang pemalu lagi tak fotogenik ni bakal jadi cili kisar. Jika anda ada cili-cili kecik macam ni, simpan dalam esbok, memang tak tahan lama kecuali jika disuntik ngan bahan pengawet..hahaaa!!. Tak pa la, SB nak share jugak cara buat cili kisar yang boleh disimpan berbulan-bulan tanpa rosak.Memula cuci dan keringkan cili-cili tu dan kisar halus bersama 2 ulas bawang putih. Letak dalam bekas, masukkan 1 sudu teh garam halus dan 4 sudu makan minyak masak. Gaul rata-rata, dah pon siap. Kalau di simpan dalam esbok, boleh bertahan berbulan-bulan. Nak buat sambal cili ke apa, cedok je dari bekas.
Dari segenggam cili tu, SB dapat setengah bekas cili kisar. Tak banyak mana pun, tetap gak rezeki tu. Mana tau dah kering idea dalam hotak tak tau nak masak apa, kita makan je cili kisar ngan nasik panas-panas.

Tetiba Cik Ahkak terlio tengok Macao's Portuguese Egg Tarts. 








18 ulasan:

  1. Bagus idea SB buat cili kisar. Takdelah cili tu cepat rosak kan,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi FMF. Cili kisar terendam dalam minyak masak, jarang akan rosak cepat

      Padam
  2. Hihihi ..
    Pagi2 dah mengisar cili ye SB..
    Samalah dgn CH ..
    Kalau cili nak tahan lama buat cili kisar...

    Ehhh ahkak pun terliur tengok tart tu SB..😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal dah melayan cili kisar, mau tidaknya mata berpijar dah..Nanges tak berlagu

      Padam
  3. Balasan
    1. Hi Farah. Haruslah dipraktikan agar tiada cili-cili yang terbuang

      Padam
  4. senang nak masak..ceduk je..

    egg tarts..nyum, nyum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI Nohas.. betul tu, main ceduk. Egg tart tu SB tolong promote dari website lain

      Padam
  5. Bagus idea sue ni,...Akak pun banyak tanam cili .Bila anak2 takde memang kecutlah dlm peti ais.Akak nak buat lah cara sue ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak SI. Sayang kalau cili-cili tu kering keras kejung dalam peti sejuk, bagus lagi dikisar cenggini.

      Padam
  6. sy pun terliur jgk tgk Macao's Portuguese Egg Tarts...nk mntak adk buatkan pun dy xcuti...><

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, HR..Eggs tarts Cik Ahkak tolong promote saja,dik..buatnya tidak..hihii

      Padam
  7. portugese egg tarts tu yang memukau tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. HI RA.. ah..aa..lagi menarik perhatian kan dari gambar cili. Gitu power nya gambar makanan..

      Padam
  8. Nampak cam pedasss jer cili tu SB..kecil2 cili api sungguh la tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi PG.. manakan tidak pedas nya tuh. Cukup membuatkan telinga berasap..

      Padam
  9. Tak pernah blend cili padi buat stok SB...nak buat jugaklah nanti.
    Wahhhhh Portugese tart tu mmg faveret OKje anak beranak SB

    BalasPadam
  10. merahnya cili sue..pedas tu kan..tak letak kunyit terus ke

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih