Nak Masak Aloe Vera..

Salam sejahtera. Nampak tak?.. Aloe vera yang SB tanam dengan penuh kasih sayang membesar sebagai juara. Suburnya ya amat.. Geram betul la tangan nak gi petik daun aloe vera ni nak buat lauk. Kalau SB masak aloe vera ni, ada sapa tak yang nak makan?.  Agaknya sebab anak-anak aloe vera ni SB cabut dan tanam kat pasu lain, tu yang gemuk sesangat daunnya. Kegunaan aloe vera ni banyak, dik Non. Salah satunya untuk kegunaan masa anak-anak terkena demam panas. Petik dan cuci bersih daun ni, simpan kejap dalam esbok. Bila dah cukup sejuk, belah dan lumurkan pada kepala dan badan. Memang cukup berkesan sebab SB sendiri pernah buat kat anak bongsu masa dia demam panas. Sekeping tak cukup, biar basah lecun kepala si kecik tu SB tempek. Panas badannya cepat je turun, tapi ubat demam kena bagi jugak tau.. Sekian.

10 ulasan:

  1. Buang kulit luarnyg potong empat segi dalam 1" x 1" masak sup pun sedap.
    Bagus bagi kepada yg demam. Kalau tak demam pun ok juga boleh sejukkan badan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Whoaaa!!.. betul ni Kak?..boleh cuba lah lepas ni. Thanks :)

      Padam
  2. ambil isinya, potong dadu, rebus kali pertama buang airnya
    kemudian rebus lagi, tambah gula dan sirap rose
    bila nak minum, tambah air dan ais.
    jadilah sirap ros dgn jeli aloe vera.....sedap insyaallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks KB. Ni pon SB nak jugak cuba, jus aloe vera..mesti sedap kan

      Padam
  3. Akak hanya pernah minum air dan isi aloe vera je ,kalau sup2 tu tak pernah pulak merasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aa..aahh..Jus aloevera minuman terjual kat supermarket tu memang biasa dah minum, tapi sup belum penah cuba buat,kak SI

      Padam
  4. Gemoknya aloe vera SB...tepek kat muka la SB mesti halus mulus jer nnt hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. PG, penah SB cuba tu,tempek kat muka tapi tak tahan la weeyyy..gatall kulit ya ampunnn..hahahaaa!!! Taubat lagi SB lepas tu

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih