Popia Sira Pedas Manis

Salam sejahtera. Sapa tengah cari resepi popia goreng sira pedas manis?.. kompom la takda..hahahaaa!! Gelak lah sorang-sorang. Resepi popia sira dari zaman purba kala sedap rangup, pedas tambah rasa manis lagi.  Orang lain dah berkurun lama simpan dan buat resepi ni. SB baru saja nak merangkak masuk dapur carik kulit popia. Susah mana ja nak buat ni, dik.. Kulit popia tu gulung-gulung, sapu hujungnya guna air masak sikit pastu potong. Dah tu goreng la hingga keperangan sebelum di angkat dan tos. Untuk sos sira, lagi mudah dan sempoi. SB tak guna sukatan apa pon, campak-campak sos cili, mentega, madu dalam botol, gula sikit dan pes cili dalam kuali, gaul dah pon siap. Nak kasi solek lebih, tabur lah bijan putih lepas tu masukkan kuiit popia yang dah digoreng tadi ke dalam sos sira tu. Gaul rata, sejukkan dan boleh la disimpan dalam bekas kedap udara. Sekian.

6 ulasan:

  1. lebih sedap & lebih mudah dari buat mini popiah...krup krap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mini popia leceh sikit, Nohas..halus je hujung jari mengerjakannya..

      Padam
  2. wahh...mcm senang juga nak buat kan Sue... hihi.. tgk rajin @ tidak jak ni.. kamek mo cuba utk raya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ku tau apa sudah jawapnya rajin @ tidak..tunjuk ja bhaa..ko ni..hahahaa!!!

      Padam
  3. buat utk raya sesuai bona la ni...takut2 tuan rumah makan lagi byk dari tetamu...hahaha...cantik la SB potong kulit popia camtu...nanti nak tiru...selalunye saya potong serong je....kuikuikui

    BalasPadam
    Balasan
    1. potong serong mmg cantik gak Mal. Cuma selalu bahagian runcing nya tu selalu je tumpul sebab patah. Tuan rumah memang la melebih sikit makannya ni, lebih baru simpan..kehkehkehhh!!!apalaaa bruk punya perangai nih

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih