Kek Belacan

Salam sejahtera. Tayang jangan tak tayang..kala ramai-ramai post gambar menu buka posa, iftar.., cik ahkak yang tak posa ni pon sibuk nak tayang gambar Kek Belacan nan sebijik.  Bukan hapa..kejap pejam celik esok-esok dah raya dah, kang kalut carik resepi kek belacan yang sedap lagi moist ni. Ni cik ahkak nak kongsi resepi kek belacan sedap. Cedok dari mana pon SB tak hengat. Untuk tambah pengetahuan dik non, masa kek ni baru masak keluar dari kukusan, ianya memang menggunung, tapi bila dah sejuk tu, ianya akan turun rata dengan sendirinya.  Pastikan kek belacan benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari loyang. Kek belacan ni tak sedap kalo baru masak terus makan. Tak caya cuba lah, korang kan menyesal. Paling elok jika biarkan semalam (suhu bilik) duluan sebelum di makan.

450gm mentega berkualiti tinggi (Golden Churn dan Bakels yang terbaik)
10 biji telur Gred A
Setengah gelas gula
505gm susu pekat manis
170gm serikaya
170gm nestle cream ( SB guna yang dalam kotak saja)
200gm horlicks
2 gelas tepung gandum - di ayak dulu
5-6 sudu makan Browning sugar (kasi hitam sama dia)
2 sudu teh nescafe
1 sudu teh esen vanila

Cara Buat
-Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
-Masuk telur satu-satu sambil dipukul, low speed.
-Masuk esen vanila, susu pekat manis, nestle cream dan serikaya, pukul sebati..jangan lama sangat pukul.
-Masukkan horlicks, serbuk koko dan nescafe. gaul dan pukul rata.
-Masukkan tepung gandum, gaul sebati hingga tak berbintil dan akhir sekali masukkan browning sugar.
-Gris loyang 8 inci dan lapik dengan baking paper, tuang adunan dan kukus 4-5 jam.

Tips mudah:-
Adunan yang menggunakan browning sugar memang susah sikit nak gaul hingga warna nya sekata dan sebati. Sebaiknya guna mixer untuk menyebatikan adunan bersama browning sugar sebentar kemudian kaup balik guna spatula. Rehatkan adunan selama 10-15 minit sebelum di kukus. Ini untuk memastikan warnanya sekata dan tiada browning sugar berketul-ketul, kaup balikkan sekali lagi sebelum di tuang ke dalam loyang kek.

16 ulasan:

  1. Salam ramadhan SB, betul ke tak posa ni. Amboi terang2an mengaku..terkejut tengok tajuk kek belacan, nerbes ahkak tau! cari2 bhnnya takde pulak diletak belacan.
    Rupa mmg dah ummph dah tu. Kenapa panggil kek belacan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam KB.. ntah cik ahkak mana tidak ke yang dimaksudkan SB tu..hahaa!!.. Suspen kekite. Rupa kek ni memang gelap sebijik macam belacan KB, dengan tekstur nya tapi rasa memang enak. Try buat sebijik untuk raya nanti,k. kompom meletops

      Padam
  2. Balasan
    1. Aa..aahh..ni lah kek klasik Sarawak, Anum

      Padam
  3. Oo ingatkan bahan dia ada belacan .. rupa bentuk yg mcm belacan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Mia.. yupp, tekstur padat tapi sangat moist dan lembut..

      Padam
  4. WAH SU KEK BELACAN TAPI XISI BELACAN...SEDAP TU BUAT BERBUKA PUASA NANTI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup Kak PI..bayangkan la kalo betul2 ada belacan dalam bahan kek tu,, apa agaknya kejadian nya nanti..kihkihkkihh..

      Padam
  5. first time rasa kek belacan ni di Dayang Salhah..sedappp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waseh, Nohas penah makan kek Dyg Salhah rupanya. Produk Dyg Salhah ni kan, sebut apa saja nama kek lapis Sarawak, semua dia ada buat

      Padam
  6. ada kawan kamek sibuk suruh rasa kek belacan ni Sue..blm pernah kamek tgk & makan..baru plan suruh hubby beli kan kt Sibu nun..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nyaman kek belacan tok, Atie..mun cun gaya bahan di pakenya. Ada rasa kopi dikit n moist.

      Padam
  7. Rupa bentuk macam belacan kot...belek2 resepi xde pun belacan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp.. bentuk dan rupa seakan-akan belacan

      Padam
  8. Balasan
    1. lemak berkrim dan ada sedikit rasa kopi tu OKje

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih