Kek Lumut

Salam sejahtera. Hari tu SB tayang Kek Belacan, kali ni Kek Lumut. Semua Kek Lumut ni versi kukus, dik non. Tak susah mana pon buat kalau semua bahan-bahan nya ada. Entry SB yang berkaitan dengan Kek Lumut, KLIK SINI . Gitu lah rupa Kek Lumut yang baru keluar dari kukusan. Yang atas nu, dah sejuk suhu bilik, boleh la di bungkus rapi. Tengok jaa bahan yang SB guna, sangat-sangat mudah untuk dicarik. Ada juga versi kek lumut yang menggunakan badam kisar. Tapi kali ni, SB abaikan kerana ia akan menghasilkan kek yang tersangat oily. Jadi terpulanglah pada cita rasa memasing kan, nak yang macam mana. Selamat mencuba

450 gm mentega tulen
180gm gula kastor
10 biji telur gred A
120gm Nestum original dikisar halus
275gm susu pekat manis
130gm horlicks original
130gm tepung kek
2 sudu esen vanila
2 botol kecil pes pandan koepoe-koepoe

Cara buat
- Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga putih.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul, low speed.
- Masukkan susu dan pes pandan, gaul sebati.
- Masukkan nestum, horlicks dan tepung kek. Gaul hingga rata.
- Lapik loyang 8 inci dengan baking paper. Tuang adunan dan kukus selama 3-4 jam.

Tips Mudah:
- Sebaiknya guna mentega berkualiti tinggi dan tepung kek, bukan tepung gandum. Jika menggunakan tepung gandum, tekstur Kek Lumut anda akan kasar dan agak kering.
- Biarkan adunan selama 10-15 minit dulu sebelum dikukus.
- Pastikan air kukusan mendidih semasa memasukkan loyang kek. Jika air kukusan hampir kering, tambah air panas dan proses mengukus boleh disambung semula selepas itu.
- Setakat ni, pes pandan jenama koepoe-koepoe buatan Indonesia yang terbaik dan sesuai untuk Kek Lumut. Brand lain, SB tak kan penah cuba..hehheee!!..

10 ulasan:

  1. Cantik naik kek lumut tu sue bee..
    Teringin juga nak mencuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq, CH. Cuba buat satu untuk raya nanti. Senang saja cari bahan-bahan kek lumut ni

      Padam
  2. alahai sedapnya Sue
    kalau kek kukus mmg nyaman bah kan lembuttt kaka suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa kak Noor. Lembut lagi moist dan mudah nak buat.

      Padam
  3. Teringat entri kek lumut awak dulu dulu SB....la ni, nak Raya baru jumpa balik kek lumut awak ni

    BalasPadam
  4. orang sarawak mng pandai buat kek kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee.. SA.. soalan tu SB susah nak jawap..

      Padam
  5. Resepi memang nampak mudah. Nak membuatnya tu alahai,, nak kena ada kerajinan tahap tinggi ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin dan sabar tu kunci utama..hehee!!..tapi takpa tu SH. Bakeri sekarang macam2 jenis kek terjual,.boleh pilih mana satu, jimat masa.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih