Mula lah tuuu..

Tak boleh cuti sikit..bila cuti sekolah, blog cik ahkak pon cuti sama..kihkihkihhh!!.. Bukan tak da idea, tapi sibuk nya makin ya ampun. Orang cakap, cuti sekolah, para suri rumah pon boleh cuti sebab anak-anak tak di sekolah.. OOiiii!!.. sapa cakap suri rumah boleh cuti gak bila anak-anak cuti sekolah?.. Banyak cantik la muka bulan ko. Ni haa satu bukti yang menyatakan suri rumah takkan dapat cuti sekolah sampai bila-bilaa..hahahaaa!!!..
Cik Ahkak guna kesempatan cuti sekolah ni dengan buat kek Lumut Perak . Jangan dok pikir, kek kukus lumut ni main campak, putar tikam sukati dalam loyang pastu tinggal kan dalam kukusan 3-4 jam cenggitu jaaa.. api dapur kena jaga, air kukusan kena selalu check,okay..
Nama saja cuti sekolah, dik Non.. dapur tetap berasap. Nak makan kat luar hari-hari, kering poket cik hubby,.. Baik gi tangkap ikan dalam kolam belakang rumah pastu goreng buat lauk. Nak goreng ikan ni memang la senang, tikam jaaa dalam kuali yang dah ada minyak panas-panas. Jangan silap tikam kang nanti kena tembak dek minyak, lukus kulit bak kata orang Sarawak.
Nahhh... dalam diam-diam tak hapdate belog, cik ahkak tetap gak menyempurnakan hajat kawan baik yang nak merasa kek span perisa kopi. Makaseh ya.. Pejam celik pejam celik..lusa bebudak mula bersekolah seperti biasa. Oyeaahhh.. kembali kepada normal life katanyaa.. yelaahtuee. Cik Ahkak bercuti pon belom..sobsobsobbbb.. sekian.



6 ulasan:

  1. Wah wah wah bz memasak gitu. Kek lumut tu mmg sedap tapi susah sangat nak jumpa .. nak buat sendiri tak ado bakat .. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang ja buat tu Mia..bahan2 pon kat supermarket ada terjual. Try la buat satu untuk raya nnt

      Padam
  2. Sue mmg hebatlah diam2 macam2 benda buat kan
    kek lumut tu gemok lah Sue

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi kak Noor. Tu gemokk sebab baru keluar dari kukusan. Kejap lagi bila sejuk, turun lah tu :)

      Padam
  3. susah jg buat kek kukus..3,4 jam..huhu..

    BalasPadam
  4. SB...lama dah kmk x blogging, baru berkesempatan usha blog SB.. wah kacak kalor kek lumut ktk ya SB, lapa perut kmk liat..hehe

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih