Resepi Tart Nenas Rosalinda.. lagi..

Salam sejahtera. Semalam dok tayang gambar tart nenas Rosalinda saja. Hari ni SB kongsi resepi nya pula. Heran cikahkak, dari mana la datangnya idea kasi nama tart nenas ni Rosalinda. Sama sejibik ka rupa? Kihkihkih.. gelak nak penampo . Untuk hiasan tart nenas Rosalinda ni, anda boleh guna resepi royal aising atau pun guna serbuk meringue yang dicampur dengan sedikit air. Selamat mencuba

125gm mentega
60gm gula aising
1 biji kuning telur
100gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
Sedikit esen vanila
Jem nenas - bulatkan awal-awal

- Satukan butter, gula aising, kuning telur dan esen. Pukul guna hand whisk..cik ahkak guna spatula saja, dik.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul rata
- Rehatkan 10 minit doh tadi. Kemudian bentukkan bulat-bulat dan ratakan guna belakang sudu.
- Letakkan dalam tray yang di alas baking paper dan bubuh jem nenas yang dah dibentukkan bulat awal tadi.
- Bakar pada suhu 150C atau hingga masak.


24 ulasan:

  1. Balasan
    1. hi Anum..try buat untuk raya nanti

      Padam
  2. Nama punyalah unik Rosalinda tu...hihik... cantik tart nenas nya sue..kompom sedap.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya betul unik gak si Rosalinda ni sampai besikut pon ikot nama dia.

      Padam
  3. Rajinnya SB buat kukis..sedap tu cair dalam mulut.Masuk jer ngaib terus hehee.
    Tart rosalinda ayamor..ingt telenovela lakonan Thalia heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aahh.. gara-gara telenovela Rosalinda gamaknya..tuh dapat nama untuk tart nenas. Cuma terkurang bunga-bunga sugar paste.

      Padam
  4. Nama dan rupanya dah sedap dan cantik, rasanyer pasti lagi sedap kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, Bunda. Tart nenas biasa gitu-gitu ja cuma hiasan nya gak melebih sikit..hihii

      Padam
  5. Cantik jadinya SB....yg atas tu buat pakai apa? Pakai nozzle eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, OkJe. Yupp,, SB guna nozzle nombor 1 hujung tajam, alaa yang untuk org buat wording atas kek tuh

      Padam
  6. akak ni tak pernah buat kuih, jadi bila org tayang buat kuih raya mula lah jakun semacam.
    bahan tak banyak guna...tp sampai 3 jenis tepung utk buat tart ni ye SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi KB.. 3 jenis tepung tapi kuantiti gram tak banyak

      Padam
  7. Feveret lady ni.. Yumm yumm yumm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi LB..favourite kita sama..hehehee..

      Padam
  8. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  9. kalau org yg dh biasa bt mcm mudah je... utk org yg malas buat mcm ssh je heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, NM.. nak kata biasa tu tak la..ikut musim gak ni.

      Padam
  10. untung kalau jari jemari pandai buat kuih ni kan...

    BalasPadam
  11. Sedap nampak tart nenas akak. Rosalinda lagi haa nama diberi. Siqah suka makan tart nenas. Suka makan jela. Buat malas. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama lain2, tapi semua lebih kurang sama je tart nenas ni.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih