Masuk Kandang Kambing, Dia Menyalak..

Salam sejahtera. Alkisah dia mencari daun ketumbar dan daun limau purut nak buat tomyam, boleh katanya tak jumpa. Cenggitulah kalau malu bertanya sesat jalan, dik. Kita datang ke tempat orang, biarlah beradap sopan, bukan melalak biar satu dunia dengar. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaum..bukan menyalak memanjang. Kan dah terkena kat batang hidung sendiri dah.
Tinggalkan kisah si ntah apa-apa daun ketumbar dan daun limau purut tu. Naik menyampah sikit cik ahkak dibuatnya. Jadikan ianya satu pengajaran buat awak, ye, dikk. Ni cik ahkak nak share lagi foto sepanjang cuti-cuti Sarawak minggu lepas.
Satu perkara yang sungguh meninggalkan kesan pada cik ahkak ialah para pemandu di Mukah ni. Driver nya.. ya ampunnnn.. punyalah penyabar., cik ahkak tak tipu. Sepanjang berada di bandar Mukah, TIDAK PERNAH langsung dengar bunyi kereta hon-hon, tau. Tuhan saja yang tahu, betapa terkejutnya cik ahkak di buatnya. Tak da driver bawa keta macam pelesit, masuk mencelah, main mencucuk ikut dekat-dekat kat belakang.. semua tu tak da dalam kamus driver kat Mukah ni.  Tak caya?.. Tak pa.
Ni taman kat  depan bazaar Ramadan, lepas beli barang-barang sikit dan boleh lah duduk lepak menikmati udara petang. Suasana yang sungguh harmoni.  Kerusi taman disediakan di sepanjang taman ni.

Chimney.. Ni sebelah hotel King Inn saja.
Ni belum suku dari semua foto yang cik ahkak amik sepanjang berada di Mukah. Percutian yang menyeronokkan terutama buat bebudak nih tengok tempat baru di lihat. Kalau sesat ke apa ke, jangan malu tanya kat orang.  Memandai ko cari jalan sendiri, guna gps ke google maps ke sekarang ni, okay..hahahahaaaa!!!..  Hanya daun ketumbar dan daun limau purut takda GPS la weeyyy.. sekian.


12 ulasan:

  1. kikiki...lawak la SB ni tau...cam best le pulak cuti2 kat Mukah ni...part paling best bila sume penguna jalan raya sopan santun memandu...terus rase nak pindah duk sana...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mal, lawak lepas beraya sakan ni haa.. Orang cakap bandar penuh hiruk pikuk, tapi tidak pada bandar Mukah. Memang bersopan.

      Padam
  2. Adoi marahkan siapa pulak dek ketumbar daun limau purut tu.haha

    Ye ke mukah camtu..tak percaya sudah.sadisnya.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, PK.. alaaa..yg viral kat fb time Raya ri teww. Gitu lah pengalaman SB sepanjang berada kat pasar Mukah ni, segalanya elok-elok.

      Padam
  3. heheehhe kadang ada lelaki segan nk bertanya... sbb malu lah kot

    mmg tenang n harmoni je pemandangan kt taman tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya NM.. tak kira ke laki ke pompuan, segan nak tanya memang takkan dapat apa-apa.

      Padam
  4. Mesti ada kisah tersendiri disebalik daun ketumbar ngan daun limau purut ni kan SB.

    Seronoknya cuti cuti weyh!
    Baguslah kan berhadapan dgn org yg penyabar, jiwa kita pun tenang SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau tak pa OKje. Alkisahnya daun-daun ni boleh katanya takda jual kat Sarawak."dorang masak tomyam guna ape, ye?"..hahahaaa!!!..
      Meme sronok la gi tempat yang menenangkan jiwa ni.

      Padam
  5. wah bestnya dapat berjalan ...tak pernah sampai lagi ke mukah

    BalasPadam
    Balasan
    1. School holiday ja dapat jenjalan bwk anak2. Kat Mukah ada airport sendiri. Lagi senang by air gi tempat mcm ni.

      Padam
  6. ok lah tenang gitu percutian sue. tak de lah memeningkan kepala bila bunyi hon sana sini. cuba sue pergi ke indonesia, setiap saat hon merata-rata. sakit telinga dibuatnya.

    dulu2 pak sedara akak cikgu kat mukah, naik bot ke sekolah. sekarang dah moden agaknya ye. tgk gambar dah cantik jer bandar mukah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo..kak KB penah gi Indonesia rupanya..sana bandarnya agak padat juga. Kat Mukah ni memang agak tenang bandarnya. Ronda ronda jalan kaki saja pun masih ok. Jalan daratan semua fuyooo...memang cantik.

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih