Terendak sana sini..kat mana?

Salam sejahtera. Lagi tunjuk gambar terendak.. Nak tengok terendak gergasi, KLIK SINI . Terpikir gak cik ahkak nak buat Kek Lapis Terendak.. ko adee?.  Saja angan-angan mat jenin..kuikuikuii!!
Udang!!!.. ya ampunnn, punya la besar. Nak buat tomyam ni sedap gak tapi tak jumpa pulak daun ketumbar dan daun limau purut bak kata  Dania.. wakakakaaaa!!!..
Zoom in..terendak lagi. Ni cik ahkak jumpa terendak kat Pantai Mukah aka Kala Dana. Tempat ni tempat tapak Pesta Kaul. Pesta Kaul tiap-tiap tahun di adakan kat sini.
Market sayur, buah-buahan kat Pasar Mukah. Kalau kat Sarawak, tempat macam ni, kami panggil "tamu". Banyak jenis sayur, hasil kraf tangan, kuih muih, biskut dan macam-macam lagi terdapat di sini. Dorang kat sini semua ramah-ramah belaka dan mesra.
Sempat gak cik ahkak rembat segala jenis buah tangan nak bawa balik. Orang macam saya ni, memang suka jenjalan tempat ada jualan kuih kering dan makanan. Kalau boleh semua dia nak..hahahaaaa!!..
Haaa.. lagikkkk!!!.. Sayang gak tak dapat amik gambar corak atas terendak tu. Benda tu tinggi sangat ke atau cik ahkak yang pendek?. Memang la tak dapat pasal I amik gambar tu dari arah pantai, rendah la weeyyy!..waakakakaa!!.. Dah, balik lagi, buat entry makanan ke, kek ke, ntah apa-apa ke lepas ni. Naik muntah hijo kang asyik tunjuk gambar kekite gi melancong ke Paris. Sekian.




10 ulasan:

  1. owh itu ka terendak...yang tahu terendak ni kem askar kat melaka huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni terendak @ topi tradisional kaum Melanau :)

      Padam
  2. rasa nya tamu kat Mukah tu tak jauh beza jugak dengan di Brunei Sue
    macam2 barangan ada di jual
    baru tau nama nya terendak Sue, kaknoor ingat tudung saji hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aa..ahh kak Noor. Kat Brunei guna sebutan tamu jugak ke?. Kalau tudung saji, harus lah besar tu kak. Ni cukup-cukup untuk lindung kepala dari panahan matahari atau hujan

      Padam
  3. sesekali bertukar angin..buat entry jalan2..i like..

    bagus Mukah, pamer tradisi Sarawak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Nohas.. Kejap lagi SB post entry makan makan memanjang..kita tukar angin..

      Padam
  4. ingatkan terendak tu, tudung saji..haha
    bila baca komen arz, rupa2nya topi
    nasib baik tak tanya lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok macam dari sama spesis..hahaa!!.beza saiz. Tapikan kalau terdesak cari tudung saji tak jejumpa gak, terendak jadi mangsa :)

      Padam
  5. waduh,,, banyak replisa beso...
    udang tu paling menggoda selera tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Mukah byk udang..sampaikan org2 kat sana cakap dah jemu makan udang hari2..sobsobsob..nanges SB dengar,tau..

      Padam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih