All the way from Tavares, Florida US

Salam sejahtera. Cik ahkak gumbira, tersangat gumbira bersebab.. tu haaa, tengok.  Barang yang cik ahkak order dari Pakcik Danny, Florida dah selamat sampai.  Punya la banyak tempat dia singgah, dari Florida ke Miami, minum kopi jap kat Orlando pastu naik flight dan makan angin kat Dubai. Dari Dubai baru lah menyangkut kat Malaysia.  Hari tu kat email katanya dalam 28 August 2016 hingga 8 September barang akan sampai.  Lagi cepat, lagi bagus, 5 Stars dah cik ahkak tempek kat akaun seller eBay Pakcik Danny ni..hahahaa!!..
Ni lah drive belt untuk Bread Maker Elba BM8380 cik ahkak. Cerita pasal kerosakan biasa pada bread maker tu kira dah selesai. Lega nya yaa ampun, spare part dah sampai dengan cepat dan selamat.  Heh!?..Benda kecik macam ni je yang rosak tapi harga nya tuh, kesat aiklio cik ahkak jadinya.  Barang ni di hantar kat tempat cik ahbang kerja. Kalau guna alamat rumah.. tak yah tunggu, ke laut jawapnya sebab tau-tau je lah, nombor rumah kampung bukan macam cari alamat perumahan atau pejabat.  Lompat-lompat kanak-kanak riang cik ahkak kejap bila cik ahbang wasap gambar drive belt tu.
Ni yang sangat gembira, dah dapat pasang balik. Semua kerja ni cik ahkak serah bulat-bulat buruknya perangai kat abang mekanik aka cik ahbang. Senyum sampai telinga la weehhh!!.. bread maker Elba cik ahkak dah pulih seperti sedia kala.  Siap gi testing dashboard ttiitt ttuuut ttiiit tttuuutt..kneading blade berpusing normal. Lega rasanya..  Nampak gayanya kalau ikut penggunaan ganas bread maker Elba cik ahkak ni , macam lebih kurang 2-3 tahun sekali kena tukar drive belt ni.  Tapi tak pa, alah membeli, menang memakai. Sekian.



8 ulasan:

  1. dah settle, Alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitulah, Nohas.. boleh tarik nafas lega

      Padam
  2. alhamdulillah sampai juga barang yg ditunggu. byk benar tempat persinggahan, tp cepat pulak sampainya tu kan SB. mujur tak tersesat larat.

    lepas ni, menu roti menbuak-buak pulak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee..nasib baik kan tak sesat. Mmg lama dah tak meroti ni,kak KB.

      Padam
  3. Yeah.. boleh ulang semula resepi yang beria-ia sebelum ni nak buat.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulang tayang resepi doh yang SB tak buat hari tu..kihkihkih..kejap gi up entry meroti

      Padam
  4. Wahhhh dah boleh merotilah ek....

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih