Cadbury oh Cadbury..daku kecewa TAU!!..

Packing lama coklat Cadbury dalam balang
Salam sejahtera. Lama tak keluarkan entry pasal coklat kegemaran cik ahkak ni iaitu coklat Cadbury. Dalam tahun ni, SB terperasan sikit tentang packing terbaru coklat Cadbury yang terjual dalam balang ni. Nampak perbezaan dari segi packing dan yang lebih mengecewakan ialah kualiti coklat itu sendiri. Sedih sambil lap aik mata SB dibuatnya. Manakan tidak?.. Dah la packing satu satu tu agak susah nak buka, pastu rupa bentuk coklat tu sendiri, bila SB keluarkan, YAA AMMPUUNNN!!!  Betul betul mengecewakan hati yang dah sedia remuk redam ni..sobsobsobbb!!..
Packing terbaru coklat Cadbury..hancusss!!!..Takda kualiti coklatnya
Tu dia packing terbaru coklat Cadbury yang SB beli tidak lama dulu, rasanya sebelum bulan June tahun ni. Rupa kemain tapi kualiti coklatnya memang sungguh menyedihkan. Lagi menyedihkan bila SB terpaksa sound kat kengkawan dan sedara mara, tempahan KEK LAPIS CADBURY atau lebih dikenali sebagai KEK LAPIS INDIA akan dihapuskan dari senarai tempahan kek lapis SB. SEdeyyy sesangat tau!!. Kepingan coklat Cadbury yang terbaru ni memang sangat mendukacitakan SB. Tak dapat nak di bubuh dalam kek lapis dah.. hancur cair dan rasa nya kureng enak.  Tak pasal pulak rasa kek lapis Cadbury nanti pon hancuussss!!! gara-gara kepingan coklat Cadbury tu nanti. Sabar lah wahai hati. Sekian.

19 ulasan:

  1. kenapa SB, nipis sangat ke kepingannya tu sampai boleh hancur? akak tak pernah beli lagi yg baru tu.

    ye lah, kalau dah bahannya tak elok nanti kejadian kek pun tak elok sama ye dak. tak boleh cari alternatif lain ke SB daripada dihapuskan terus dr order list? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. SB tengok kepingan coklat tu agak pelik, kak KB. Rasa dia pon macam ada berbintil bintil, tak smooth bila dimakan. Ada gak terpikir nak cari kepingan coklat dari jenama lain tapi nanti kena gak tukar nama kek lapis, tak boleh guna kek lapis cadbury daaa...sobsbosobb!!

      Padam
  2. SB memang terkilan sangat nampaknya dengan kualiti Cadbury .Yalah kalau coklatnya dh tak elok khuatir jejaskn kek pulak kelak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terbiasa dengan coklat Cadbury yang enak sebelum ni, tetiba keluar produk sama tapi kualiti agak rendah. Memang gak risiko kalau guna jugak sbb yang biasa order tu tahu rasa dia macam mana,kan.

      Padam
  3. Balasan
    1. Agaknya QC Cadbury ni tukar orang kot, SA..

      Padam
  4. rasanya elok yg packaging lama tu... nk bukak mudah... isi lak elok je selalu..

    packaging baru nih ssh nk bukak, kalu anak nk mkn bercinta nk bukak satu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp, ingatkan SB sendiri yang sedang dlm dilema membuka packing Cadbury baru ni dan isi untuk yg terbaru ni sgt2 mengecewakan.

      Padam
  5. Balasan
    1. Gitu lah NN. Tak pasal2 pulak coklat Cadbury ni bagi impak kecewa gitu..

      Padam
  6. wah!!! coklattt...(mata bersinar)...sian SB nak buat lagu mana kan...abis la meleleh ailio peminat kek lapis india SB lepas ni...letak coklat jenama lain tak bole ke SB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaa..ahh..aikmata keciwa SB lagi banyak dari ailio dorang ni, Mal. Kalo guna jenama cokelat lain, kena tukar nama gamaknya Kek Lapis Cadbury jadi Kek lapis ntah apa nama coklatnya

      Padam
  7. SB dah biasa guna sebelumnya pasti dpt membezakan.
    Kena cari alternatif coklat lainlah nampak gaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah lah Kak Zakie. Rasanya mungkin tak dapat lah nak cari coklat yang sama rasanya dengan keluaran coklat cadbury yang sebelum ini.

      Padam
  8. Ye ke? Kenapa agaknya ? Takkan cut cost kot? Saya kurang suka coklat, tu yg tak perasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan jugak la cut cost. Kualiti coklat tu kureng dan tak memuaskan hati SB yang memang hantu coklat

      Padam
  9. Yang lama tu lagu elok bentuknya.. yang baru tak jadi petak...

    BalasPadam

tinggalkan komen anda kat sini..terima kasih